Debat Nazri-Mahathir: Nothing2Hide Pun Polis Larang, Dia Tetap Datang

 

 

ITULAH kisahnya pun – polis larang.

Masa program Nothing2Hide dulu pun itu juga ceritanya (polis larang) tapi penyokong Mahathir tetap jadikan ketidakhadiran itu sebagai alasan untuk memaki hamun Perdana Menteri dengan macam-macam gelaran – nak sebut pun takut berdosa dengan Tuhan.

Yang puak ini tak tahu, polis bukan sahaja memaklum kepada Perdana Menteri supaya jangan datang, polis juga memaklumkan kepada Mahathir supaya jangan datang.  Bila tahu dari penganjur dan polis yang Perdana Menteri tidak datang setelah dilarang, Mahathir tetap terjah untuk tunjuk terer.

Sebetulnya dia dah tau Perdana Menteri tak datang – itu saja ceritanya.

Jadi, walaupun polis membatalkan program debat di Padang Rengas pada 25 Mac ini, penulis tidak nampak bagaimana itu boleh menjadi masalah kepada Mahathir.  Lawannya, Datuk Sri Nazri Aziz, nampak tidak ada masalah untuk meneruskan program tersebut di sebalik larangan pihak polis.

Di atas kertas, penulis tidak nampak bagaimana larangan ini akan menjadi masalah kepada Mahathir (Nazri dah tentu tidaklah).   Benda permit-permit ni apa ada hal pada Mahathir  Dia dah biasa dapat apa dia nak, dengan macam mana soal permit dan larangan polis boleh menjejaskan dia?

Atas kertaslah.

Realitinya bagaimanapun, kita tak tahulah sebab Mahathir ni kena hujan pun tak boleh, apa lagi tekanan semasa debat yang panjang.  Debat ni tau bukan cakap sehala.  Cakap sehala, berjam-jam pun tak apa.

Kalau tumbang nanti siapa yang akan dipersalahkan?  Kerajaan jugak.

p/s: Lokasi pun katanya dah berubah dari Padang Rengas ke Kuala Kangsar.  Sejak bila berubah, siapa yang mengubahnya, penulis tak pasti tapi yakin bukan Nazri.  Nazri ada sejarah redah masuk dalam program PAS, seorang dia saja, ini Mahathir apa sangat pada dia.

2 thoughts on “Debat Nazri-Mahathir: Nothing2Hide Pun Polis Larang, Dia Tetap Datang

  • March 21, 2017 at 21:45
    Permalink

    Ada orang yang perlu dibawak ke hospital lawat orang sakit. Dengan menziarahi orang sakit akan terasa bersyukur teramat sangat dihati atas kesihatan yang diberi Allah.

    Ziarah lah pula kematian rakan/kenalan. Waktu ziarah bukan sekadar bersalaman dengan sedara mara arwah yang ada, tetapi masok kedalam , lihat jenazah. Lihat waktu jenazah dimandikan walau mungkin belum sanggup sertai memandikan sama2 anggota pengurus jenazah yang lain. Lihat dari awal hingga akhir, sehingga jenazah dilap, lalu dikapan dengan lapisan kapas dan bebarapa lapis kain kapan.

    Solat sama2 dan ikut terus hingga keliang lahat. Tontonlah bagaimana jenazah disemadi lalu ti timbus untuk berada disitu beberapa waktu sebelum dibangkitkan semula nanti.

    Pengalaman begitu pasti menginsafkan pada yang tawadduk dan mahu insaf. Atau pun mungkin dia perlu diseru ‘ insaflah wahai bakal jenazah’ Kamu sudah lanjut usia walau belum uzur Tapi kamu tetap bakal……

    Reply

Leave a Reply