Ahli Keluar Parti, Buktikan Sikap Munafik PPBM

Share

KUALA LUMPUR – Pemerhati politik khususnya di Kedah baru-baru ini kejutkan dengan laporan media berhubung tindakan sebiloangan besar ahli Parti Pribumi Bersatu (PPBM) di Baling mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa serta merta.

Menurut bekas Pengerusi PPBM Baling, Ali Ahmad sebelum ini, kira-kira 500 orang daripada 800 ahli PPBM kawasan tersebut akan mengikut jejak mereka tidak lama lagi kerana tidak berpuas hati dengan tindakan jawatankuasa penggerak PPBM yang ditubuhkan pada Oktober tahun lalu.

Namun tinjauan yang dilakukan di laman media sosial mendapatil, ada di kalangan ahli dan penyokong PPBM mendakwa laporan tersebut adalah fitnah yang bertujuan untuk mencalarkan imej parti.


Ini kerana menurut mereka ahli PPBM yang mendaftar di Baling hanya sekitar 200 orang sahaja berbanding 800 seperti yang didakwa Ali.

Bagaimanapun menurut penguna Facebook, Wan Suhaijie Aupn penafian penyokong PPBM itu jelas membuktikan sikap hipokrit dan munafik mereka.

“Apabila meletupnya kisah keluar parti Bunga (PPBM) secara berjamaah di Baling ianya juga turut membongkarkan banyak perkara tentang parti Bunga, ini kerana sebelum ini mereka mendakwa parti Bunga mendapat sambutan yang sangat hebat daripada rakyat Kedah (malah) mereka juga mendakwa ramai ahli UMNO Kedah sudah lompat masuk jadi ahli Bunga.


“Ironinya selepas meletup kisah 500 lebih ahli Bunga Baling isytihar keluar parti, puak-puak Bunga cuba spin (pusing cerita) konon ianya adalah palsu kerana menurut mereka ahli Bunga di Baling hanya ada 200 orang sahaja. Disinilah terserlahnya sikap munafik puak-puak Bunga ni,” jelasnya.

Menurut Wan Suhaijie lagi, pimpinan PPBM di Baling dan Kedah sebelum ini mendakwa sebilangan besar rakyat menyokong mereka khususnya dari ahli-ahli Umno yang keluar parti, namun apabila isu ini timbul mereka mula berubah nada.

“Kesimpulannya jika di bahagian Baling pun parti Bunga (PPBM) hanya mampu menarik sekadar 800 orang sahaja bayangkan di bahagian lain dan kenyataan kononnya mereka mendapat sokongan ramai hanyalah sekadar retorik semata-mata.


“Jadi benarlah statistik yang dikeluarkan sebelum ini menunjukkan jumlah ahli Bunga di seluruh Kedah hanyalah sekitar 6000 orang sahaja, ada baiknya mereka tumpu dahulu untuk selesaikan masalah dalaman parti sebelum sibuk untuk menang pilihanraya,” ujarnya lagi.

2 thoughts on “Ahli Keluar Parti, Buktikan Sikap Munafik PPBM

  • March 18, 2017 at 21:07
    Permalink

    Untuk membina sebuah rumah disatu tanah kosong mungkin mengambil masa 3 bulan. Dari menyediakan tapak hinggakan rumah siap dicat dengan semua sistem lengkap saperti perparitan, sanitary yang lain2nya juga siap dibuat.Tempoh itu adalah bagi membina sebuah rumah yang akan kelihatan saperti sebuah rumah. Untuk rumah kelihatan saperti rumah hanya ada beberapa bahagian asas yang perlu dibina . Rumah perlu ada atap, dinding dan pintu. Itu bahagian asas. Sementara dalaman nya perlu tempoh yang subjective untuk dikira siap. Maknanya 3 bulan untuk membina tidak termasok waktu menyiapkan kelengkapan dalam bagi membolihkan rumah kelihatan saperti sebuah kediaman yang damai, cantik dan memiliki ciri2 mencapai idaman penghuninya. Ini bermakna tempoh bagi menyempurnakan cita rasa mengikut keadaan dan kehendak penghuni tak ada had, 3 tahun atau 30 tahun.

    Dalam pada itu rumah juga boleh disiapkan dalam masa 3 minggu saja. Rumah yang dibina dalam waktu sengkat itu pun boleh dipanggil rumah jika ada dinding, atap dan pintu. Soal bagaimana lantainya didalam bukan jadi persoalan ,i kerana rumah yang dibina dalam waktu sesingkat itu tak sempat dipasang, parque atau floorboard. . Jadi rumah yang sudah boleh dipanggil tumah itu mungkin hanya berlantaikan tanah kerana tak sempat dilantaikan semen. Tapi dari luar memang nampak saperti sebuah rumah dan rumah itu sudah pun dihuni.

    Rumah 3 minggu ini tentunya tak selesa untuk dihuni. Lantainya tanah tentu tak rata dan tak sedap untuk dipijak. Rumah yang tidak selesa pasti akan ditinggalkan oleh penguhuninya, bukan sekadar seorang malah semua sekali.

    Itulah rumah cap bunga raya yang dibina hasil tangkap muat oleh rasa dendam kesumat yang bertahap tinggi oleh penghuni yang rata2nya orang kecewa. Tak terbina rumah 3 minggu itu tanpa rasa kecewa dan dendam yang tinggi.

    Reply

Leave a Reply