Annuar Musa Wajar Letak Jawatan Sebagai Ketua Penerangan UMNO

Share

Tindakan Ketua Penerangan UMNO dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) mendesak Parlimen mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu Cina (UEC) kelolaan Pertubuhan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) adalah sesuatu yang memalukan kerajaan dan Barisan Nasional.

Minggu lalu Annuar mendakwa beliau digantung sebagai Pengerusi MARA kerana kenyataan beliau menyokong pengiktirafan sijil UEC. Semalam beliau sekali lagi mengulangi saranan beliau di Parlimen dan mempertahankan diri kononnya beliau mangsa politik dalaman UMNO yang tidak bersetuju dengan pendirian beliau itu.

Ini adalah satu pembohongan kerana beliau digantung dari MARA atas perilaku beliau yang mencurigakan dan sedang disiasat oleh Jawatankuasa Audit Dalaman MARA.

Annuar Musa bukanlah pakar pendidikan negara apatah lagi penyokong sistem pendidikan vernakular. Namun tiba-tiba sahaja beliau menjadi pejuang UEC setelah melihat terdapat kemungkinan beliau akan didakwa dalam kes tajaan Mara ke atas TRW.

Menurut penganalisis politik, Ab Jalil Backer, “dalam keadaan mahu menyelamatkan diri dari skandal tajaan MARA ke atas TRW – (Annuar) telah mencetuskan isu perkauman yang tidak wajar dan mengheret UMNO dalam kancah politik yang tidak sepatutnya.

“UEC tidak diiktiraf kerana ia tidak memenuhi Dasar Pendidikan Negara bukan kerana ia diwujudkan oleh kaum cina. Jadi bagaimana beliau mahu kerajaan mengiktiraf peperiksaan tersebut? Apakah esok jika PERKASA dan Hindraf mahu buat sistem peperiksaan sendiri maka kita akan mengiktiraf juga?”, tulis Ab Jalil dalam akaun facebooknya sebentar tadi.

“Annuar Musa boleh berjuang untuk pengiktirafan UEC tapi elok beliau berhenti sahaja jadi dari Pengerusi MARA dan Ketua Penerangan UMNO Malaysia.”

(Visited 18 times, 1 visits today)

4 thoughts on “Annuar Musa Wajar Letak Jawatan Sebagai Ketua Penerangan UMNO

  • March 17, 2017 at 22:18
    Permalink

    Pergi jahannam Nuar Musa walaupun aku penyokong trw

    Reply
  • March 18, 2017 at 01:46
    Permalink

    ada tindakan2 beliau yg aku suka & ada yg aku tak suka..yg ni mmg aku xsuka langsung

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!