Semakin Pakatan Tertekan, Semakin Banyak Benda Merepek Kedengaran

PAKATAN sebenarnya sedang tertekan.  Penghulu mereka DAP, sedang berantakan dari dalam.  Cina mungkin tak berubah kepada sokong kerajaan tapi keyakinan mereka terhadap DAP dan Pakatan pun dah semakin malap.  Ada kebimbangan, cina tidak akan keluar mengundi dalam PRU14, seperti mana dalam PRN Sarawak tahun lepas.

Azmin di Selangor sedang berhadapan dengan penyelewengan dana yang sepatutnya diberi kepada warga tua yang meninggal dunia,  Soal wang tak dibayar kepada yang patut menerima satu hal, soal kedua satu hal lain – bagaimana ahli parlimen di Wilayah persekutuan pun dapat juga peruntukkan.

Bahasa kasarnya, duit orang mati pun kau seleweng!!

Terbaru, masalah dengan Mahathir.  Selepas mengumum Pribumi akan menyertai Pakatan dan Mahathir mahu membuat perubahan kepada Pakatan itu. hanya PAN sahaja yang memberikan respon mereka.  Kononnya Pakatan akan melihat ‘cadangan’ Mahathir itu.  Apa Salehudin ini bodohkah, dengan Mahathir mana ada cadangan, Mahathir pakai satu ini saja, “my way or no way”.

Kalau dibenar membuatkan pilihan, inilah bala Pakatan yang terbesar sekali.

Semua ini masalah, terpaksa Pakatan mengalihkan perhatian rakyat kepada sebuah projek hotel di Langkawi (baru siap 2016 dah tanya untung ke rugi?), Rosmah rasmi kapal perang APMM (Hasmah pun pernah), Najib guna duit Petroleum dan sebagainya.  Part Najib paling banyak guna duit Petroleum tu kelakar, seolah-olah menjadi satu kesalahan pulak seorang Perdana Menteri membelanjakan wang itu.

Kesimpulan nak kata, Pakatan terdesak nak mencari isu untuk mengalih perhatian rakyat.  Itu saja, bukan ada apa sangat pun.

5 thoughts on “Semakin Pakatan Tertekan, Semakin Banyak Benda Merepek Kedengaran

  • March 16, 2017 at 22:58
    Permalink

    Waktu gawat hujung 90 an seluruh negara tahu apa yang dilalui olih Mirzan Mahathir dengan perniagaan dia. Semua rakyat dengar dan tahu MIrzan dikatakan hampir memilih jalan mudah bagi melupakan kemelut dia dengan menelan pil tidor. Wallahualam.

    Kita tahu selepas itu bail-out besar besaran dibuat dengan duit datang dari mana kalau tidak Petronas ?

    Reply
  • March 16, 2017 at 23:10
    Permalink

    Gigih sunggoh orang tua tu. Rajin dia hingga ke Forest City untuk cek status tanah. Walau sudah diterangkan oleh Khalid Nordin bahawa jumlah rakyat Cina bukan 700K, tak percaya jugak dia. Maklumlah seorang pencuri sentiasa takut orang lain mencuri juga.

    Dia buat kerja itu dengan rakyat filipina diSabah dan dia rasa tentu Khalid boleh buat kerja sama.
    Banyak sungguh hal yang dia risaukan M sekarang. Dia bimbang anaknya ditangkap, dia bimbang anak satu lagi merempat… terpaksalah seorang ayah bertungkus lumus jual ubat temberang kesana kemari. Kalau ubat asli bolih tahan juga, ini ubat temberang.

    Dia tetap akan terus menjual apa saja… tapi yang terus diubeli itu kenapa ?

    Reply
  • March 17, 2017 at 14:25
    Permalink

    Dari zaman Tun Razak sememangnya dasar negara bertukar jadi ‘Dasar Mengondolkan Negara’, kerana tabiat Bugis yg suka rompak kat laut.

    Reply
  • March 17, 2017 at 16:41
    Permalink

    Bugis itu dikatakan kuat merompak. Merompak sehingga menjadikan negara papa kedana, tidak selamat hinggakan perlu orang lain tolong selamatkan.

    Malangnya setakat ini semua episod rompakan, curian, rasuah-an terhasil dari rekaan dan persepsi tanpa bukti. OPPssss dia-kan premier, tentu dia kebal. Dia ada kuasa, semua mulut tertutup selagi dia jadi premier. Itu dulu. Zaman M keadaan nya begitu… kerana apa ? Kerana zaman itu ada kandang, ada pulau, ada ISA, ada akta buang daerah, ada akta hantar orang dipulau.

    Jadi sesiapa saja yang cuba jadi hero , bukak bukti salah laku M selaku premier kesitu mereka pergi.

    SEkarang tidak lagi. Semua orang boleh bawak bukti hantar SPRM. Semua orang boleh tweet boleh apps bukti keseluruh dunia. Kalau bukti sudah jadi viral, boleh ke SPRM pura2 buta, pura2 pekak ?

    Tetun sekali tak boleh. Itu lah bukti persepsi.

    Reply

Leave a Reply