Pembantu Rosmah Saran Adun DAP Daftar Diri Di Taska Permata

Share

KUALA LUMPUR – Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor, Rizal Mansor menyifatkan kenyataan ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin yang mendesak isteri Perdana Menteri meletak jawatan sebagai Penaung Program Permata Negara (Permata) sebagai dangkal.

Rizal melalui satu kenyataan sebentar tadi turut berkata kenyataan wakil rakyat DAP yang menganggap Rosmah tiada kelayakan menerajui Pertama sebagai bercakap ikut sedap mulut sahaja tanpa guna akal.

“Untuk pengetahuan YB yang boleh dianggap malas untuk membuat ‘research’ sebelum bercakap, Datin Seri Rosmah adalah lulusan Sarjana Muda Pengajian Sosiologi dan Antropologi dan juga pemegang Sarjana Bidang Sosiologi.

“Pastinya kepakaran beliau dalam bidang sosiologi itu sudah menggambarkan kemampuan Datin Seri Rosmah untuk membawa Permata ke arah kecemerlangan.

“Kalau YB nak buat perbandingan mengenai siapa yang layak pegang jawatan, cuba tepuk dada tanya Lim Guan Eng adakah beliau pakar dalam kajian air sampai beliau layak dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang? Kenapa tak suruh Tokong letak jawatan kerana beliau bukan pakar air,” tegasnya.

Rizal melalui kenyataan yang sama turut berkata Yeo perlu diajar atau mendaftarkan diri dalam kelas Permata agar lebih faham sedikit mengenai istilah penaung dalam sesebuah organisasi.

“Wakil rakyat itu mesti kena lebih banyak membaca agar tidak jadi pemimpin yang cetek ilmu, wahai pemimpin DAP, untuk pengetahuan am kamu, penaung dalam sesuatu organisasi tidak mempunyai sebarang kuasa eksekutif atau pembuat keputusan.

“Permata adalah sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang mempunyai peraturan dan syarat ketat untuk sebarang urusan keluar masuk peruntukan.

“Jadi kalau kamu nak tuduh DS Rosmah mempergunakan peruntukan Permata untuk kegunaan peribadi, kamu silap dan kesilapan itu disebabkan sifat tidak cerdik kamu.

Menurut Rizal sikap Yeo itu boleh disifatkan sebagai seorang pemimpin yang berfikiran kolot dan tidak mahu melihat golongan kanak-kanak di negara ini mendapat pendidikan awal terbaik.

2 thoughts on “Pembantu Rosmah Saran Adun DAP Daftar Diri Di Taska Permata

  • March 16, 2017 at 09:37
    Permalink

    dah namanya spesis pemakan tegar bangkai babi….sedikit sebanyak perangai Babi yg suka menyondol tanpa ususl periksa tu terpalit jugak kat mentaliti si pemakan nya…nampak la hebat sikit MP ni di kalangan komuniti nya..

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!