Pandu Lawan Arus & Sebabkan Kematian, Bukan Kemalangan Tapi Bunuh Tanpa Niat..Patutnyalah

Share

KES kereta pandu lawan arus ini dah beberapa kali berlaku di Malaysia, dengan terbaru semalam di negeri diperintah DAP, Pulau Pinang..  Tragisnya, mangsa dalam kejadian itu adalah seorang suami yang bakal menjadi bapa tidak berapa lagi.  Sementara kita menerima Qada & Qadar yang telah ditetapkan, kejadian seuimpama ini tidak boleh dibiar berulang tanpa sesuatu dilakukan dan pelakunya perlulah dikenakan tindakan yang keras.

Ini kita yang mengulas pun rasa berat, yang menanggung tu lagilah keadaannya.

Buat permulaan, sampai masanya, kerajaan melihat semula kesalahan yang seperti ini.  Memandu melawan arus ini tidak seharusnya masuk kategori kemalangan jalan raya yang biasa tapi  kalau boleh, kesalahan yang sama berat dengan bunuh tanpa niat.


Lawan arus kot, bukan terlanggar orang tanpa sebab yang tidak dapat dielak sehingga nak dikatakan kemalangan.  Nasib budak yang terlibat tu kecik macam lidi saja badannya, kalau tidak, mau dapat penghakiman rakyat seperti mana yang biasa  berlaku dalam kebanyakan kes jalan raya lain.

Kejadian sama berlaku pada tahun 2015

Dalam masa yang sama, lihat balik tentang pengambilan minuman keras yang dikatakan menjadi punca kepada kejadian memandu lawan arus ini.  Tetapkan had umur mereka yang boleh minum arak ni.  Umur 19 rasanya macam terlalu budak, umur 21 lah kalau nak benarkan pun.  Nak lagi senang, haramkan terus pun tak mengapa, bukan ada faedah sama sekali pun pengambilan arak ni.

Mahathir yang tak mabuk pun buat macam-macam benda pelik. apatah lagi yang mabuk.


Yang penting, kena buat sesuatu sebab hal ehwal Islam pun seperti RUU355 bukan Islam sudah boleh masuk campur, kenapa hal arak ini, kita tak boleh masuk campur?  Lagipun tujuannya baik, nak menjaga nyawa rakyat.  Kalau tak kejadian seperti ini pun, dah banyak benda buruk berlaku akibat dari pengambilan arak di negara ini.

Mohon mencadangkan.

3 thoughts on “Pandu Lawan Arus & Sebabkan Kematian, Bukan Kemalangan Tapi Bunuh Tanpa Niat..Patutnyalah

  • March 15, 2017 at 14:46
    Permalink

    Orang mabuk memang buat kerja gila

    Reply
  • March 16, 2017 at 11:55
    Permalink

    “Mahathir yang tak mabuk pun buat macam-macam benda pelik.. ” hahaha.. statement terbaik.
    Setuju 100% dengan statement “Yang penting, kena buat sesuatu sebab hal ehwal Islam pun seperti RUU355 bukan Islam sudah boleh masuk campur, kenapa hal arak ini, kita tak boleh masuk campur?”

    Reply

Leave a Reply