Bekas Adun PKR Bakal Didenda RM50,000, Jika Disabit Kesalahan Hina Islam

Share

Isu penghinaan terhadap agama Islam di Malaysia bukanlah perkara baru dan tidak mengejutkan terdapat pemimpin yang bertindak sama menghina dan mempertikaikan Islam sebagai Persekutuan Malaysia.

Terbaharu masyarakat di kejutkan dengan kenyataan bekas ADUN Batu Uban, Raveentharan Subramaniam (PKR) yang secara jelas bersifat biadap dan kurang ajar.

Raveentharan menerusi akaun Facebooknya baru-baru ini memuatnaik pautan artikel berita berkaitan penceramah bebas Dr Zakir Naik mendakwa dirinya ‘pembawa keamanan, dan pengkritik saya adalah pengganas’.

Bersama pautan berkenaan, bekas ADUN PKR itu memuatkan status “Pertamanya, Islam tidak pernah menjadi agama keamanan.”.

Tindakan tersebut kemudianya mendapat kritikan netizen di media sosial sehingga menyebabkan Raveentharan yang juga merupakan seorang peguam terpaksa membuat permohonan maf dan memadam kenyataan tersebut dari akaun Facebooknya.

Menurut Raveentharan kenyataan tersebut sebenarnya ditujukan kepada Dr Zakir Naik dan bukan kepada Islam sambil mendakwa dirinya tidak bermaksud untuk menghina.

Paling menarik, menurut Raveentharan kenyataan tersebut telah disalah ertikan hanya kerana dia tidak meletakkan “tanda soal” sehingga membawa maksud yang berlainan dari apa yang hendak disampaikan mengenai Dr Zakir.

Bagaimanapun tinjauan yang dilakukan mendapati status penghinaan Raveentharan terhadap agama Islam bukanlah yang pertama kali dilakukan ekoran terdapat beberapa posting dan pautan dikongsi di Facebook beliau yang menghina agama Islam.

Sementara itu menurut Setiausaha Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee tindakan tersebut jelas menunjukkan kejahilan pemimpin berkenaan.

“Isu penghinaan dan pencercaan terhadap agama Islam yang dilakukan oleh bukan Islam terutama melibatkan pemimpin poltiik bukan perkara baru malah akan terus berlaku.

“Mereka jahil tetapi cuba campur tangan hal ehwal Islam dengan niat untuk mengelirukan masyarakat Islam,” katanya.

Menurut Syed Ali sekiranya perkara ini tidak dibendung sentimen dan provokasi politik seperti ini dibimbangi akan mencetuskan pergaduhan yang boleh menggugat keamanan negara.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid, melalui satu kenyataan sebentar tadi berkata siasatan ke atas S Raveentharan itu dibuat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu berkaitan perbuatan mengeluarkan perkataan atau seumpamanya dengan sengaja berniat untuk melukakan perasaan agama seseorang.

Jika sabit kesalahan, seseorang boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Mior Faridalatrash berkata bekas ADUN Batu Uban itu juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana salah guna kemudahan rangkaian atas talian.

Mengikut peruntukan itu, Raveentharan boleh didenda RM50,000 atau setahun penjara.

Mior Faridalatrash turut berkata, polis Pulau Pinang menerima aduan daripada wakil sebuah pertubuhan pada petang 13 Mac yang mendakwa menemui akaun Raveentharan Subramaniam ketika melayari Internet.

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!