Debat Nazri-Mahathir: Kenapa Skandal Forex Tertinggal?

Share

DAH sah 25 Mac ini debat antara 2 Ketua Bahagian dari parti berbeza, Datuk Sri Nazri Aziz (KB UMNO Padang Rengas) dan Mahathir (KB Pribumi Langkawi – lantik diri sendiri) akan diadakan seperti mana yang dicadangkan pada asalnya.

Lokasinya, Padang Rengaslah, tempat Nazri.

Sekalipun dikesan usaha untuk menggagalkannya dari dalam parti Mahathir sendiri apabila ada penyokongnya yang menyifatkan perdebatan itu seumpama Pensyarah Universiti (Mahathir) dengan cikgu sekolah (Nazri), nampaknya akan berterusan jugaklah program perdebatan itu.  Dalam masa yang sama, nampak hina juga cikgu sekolah ini di mata penyokong Mahathir ya.

Apa pun, penulis secara peribadi tidak melihat sebarang kepentingan langsung dalam debat ini.  Adakah kalau Mahathir kalah kita akan melihat Pribumi dibubar dan semua penyokong berbondong-bondong menyokong Datuk Seri Najib atau jika Nazri menang, penyokong Mahathir akan berbondong-bondong meninggalkannya dan mula percaya dia seorang penipu?

Sudah tentu tidak.  Banyak yang sudah dikorbankan hanya untuk melihat semua itu lebur dek kerana Mahathir kalah berdebat.  Lagipun pengalaman penulis melihat debat Anwar-Shabery, Guan Eng-Koh Tsu Koon, KJ-Rafizi dan sebagainya, membuktikan takrifan menang kalah debat ini ikut suka hati masing-masinglah.

Yang sokong A akan kata A menang, yang sokong B akan kata B menang. Apatah lagi dengan sokongan terhadap Mahathir hari ini berasaskan ketaksuban dan pendewaan berlebihan semata-mata, apa yang kita semua rakyat harapkan?

Tapi memandangkan semuanya sudah ditetapkan, penulis suka nak bertanya kenapa isu mengenai Forex tertinggal?  1MDB boleh, derma RM 2.6 billion boleh, skandal BMF boleh, kenapa Forex tidak boleh?  Walhal itu yang penting sekali kerana dek kerugian Forex yang begitu besar ini (minimum RM 30 billion) menyebabkan ramai orang merana bila kemelesetan ekonomi berlaku tahun 1997.

Itu sajalah nak cakap.

Leave a Reply