DAP Hijack PR, Tukar PH, Mahathir Hijack PH, Tukar….

Share

HARI ini penulis mengakuilah, selain raja U-turn (sesetengah kes menjadi roundabout), Mahathir memang raja hijack.  Nothing2hide dia hijack, Bersih dia hijack dan sekarang Pakatan Harapan pun dia hijack – siap nak ubah nama lagi kepada yang lain.

Yang Pakatan Harapan, begitulah berbangga dengan Majlis Presidennya yang terdiri nama-nama besar macam Guan Eng, Azizah dan Mat Sabu, datang Mahathir macam lembu gila, dia sondol semua sekali macam itu saja, Majlis kemana, Presiden ke mana.  Maaflah lembu gila, bukan nak menghina tapi tak jumpa haiwan yang lebih sesuai sifatnya.

Jahanam.

Maka itu esok pasti menarik.  Nak tahu juga apa respon DAP, PKR dan PAN mengenai kenyataan Mahathir hari ini mahu menukar Pakatan Harapan kepada yang lain – dari nama kepada logo.  Seolah-olah semua dalam Pakatan tu bodoh, tak reti nak buat logo sendiri – eh Mahathir, kalau dia nak buat, dah lama dia buat dah, ada sebablah kenapa dia tak buat tu.

Apa pun, setakat malam ini, yang rakyat nampak dari pengumuman Mahathir petang tadi, bukan Mahathir dan partinya Pribumi yang menyertai Pakatan Harapan, sebaliknya Pakatan Harapanlah yang sebenarnya menyertai Mahathir dan parti Pribumi.

Itu sajalah nak cakap.

Leave a Reply