‘Celah’ Mana Mahu Tawan Kedah? Lawan PKR Pun Belum Tentu Lepas…

Share

Sehari dua ini dikhabarkan kecoh sedikit politikosphere di negeri Kedah gara-gara tersebarnya senarai nama calon Barisan Nasional (BN) Kedah menerusi aplikasi Whatsapp. Pejabat Menteri Besar Kedah semalam menafikan ada mengeluarkan sebarang senarai nama, termasuk senarai yang tular itu.

Penulis sendiri ada melihat senarai berkenaan di telefon bimbit rakan yang berasal dari negeri Kedah. Jika dilihat sekali imbas, boleh buat ramai yang teruja mahu melihat ‘bakal calon’. Namun jika diteliti secara mendalam, rasanya ramai yang akan ketawa besar…

Kenapa? Kerana senarai nama calon yang dikemukakan itu bukan saja tidak logik, malah tidak realistik sama sekali untuk dipercayai. Dari corak penyusunan calon, rasanya tidak mungkin ia dibuat oleh UMNO, PAS, PKR mahupun DAP.


Calon-calon yang dikemukakan di dalam senarai itu bukanlah tidak layak diangkat menjadi calon pilihan raya. Namun jika diukur pada ketokohan, pengaruh dan beberapa sudut lain yang dilihat perlu untuk menjadi seorang wakil rakyat yang berkhidmat, ada calon lain yang lebih layak tapi sengaja tidak dimasuk senarai.

Ramai yang berpandangan bahawa senarai tersebut sengaja dibuat bagi tujuan memecah-belahkan barisan kepimpinan UMNO di negeri itu. Tidak dinafikan, ada juga yang ‘berderau darah’ melihat pada senarai berkenaan. Tapi kemudian ‘reda’ bila menyedari tipu helah musuh itu.

Malah, boleh dikatakan semua ahli UMNO di sana dikatakan tahu dan sedar bahawa ia merupakan permainan politik pihak tertentu yang bermotif jijik. Busuk hati dan tidak senang pada perpaduan UMNO di Kedah yang kian erat, mereka sanggup menjaja fitnah di sana.


Khabarnya, ekoran diancam ‘pengkhianat’ yang digelar ‘cap bunga’, boleh dikatakan hampir semua pemimpin dan ahli UMNO di Kedah telah merapatkan barisan dan bermuafakat untuk mempertahankan negeri itu dari jatuh ke tangan pembangkang.

Semangat kian membara menyebabkan semua keluarga UMNO di sana nekad akan berkumpul di kawasan ‘pengkhianat parti’ dalam tempoh terdekat. Tidak perlu karpet merah seperti di Padang Rengas, semarak UMNO khabarnya akan menawan kawasan ‘cap bunga’ di Kedah.

Lagipun, kawasan tersebut khabarnya merupakan kawasan yang dikuasai UMNO. Namun bagi memastikan ‘pengkhianat parti’ itu menang mudah, dia diberikan ‘kerusi selamat’ tersebut. Namun mungkin jenis tak tahu malu, dia tidak hargai apa yang diberikan padanya oleh UMNO.


Menurut rakan-rakan penulis di utara sana, Ahmad Bashah merupakan individu yang bertanggungjawab menyatuka semua pemimpin dan ahli UMNO di Kedah untuk merampas kembali negeri itu dari Pakatan Rakyat dulu.

Jadi pada pandangan penulis, jika dalam kepayahan menjadi pembangkang dulu Menteri Besar itu mampu menawan semula negeri berkenaan, apatah lagi bila beliau kini bertindak sebagai ketua kerajaan negeri.

Oleh itu, keluarkanlah berapa banyak senarai nama calon pun, atas nama penyatuan dan taat pada parti, penulis yakin bahawa seluruh pemimpin dan ahli UMNO di Kedah akan tetap bekerja keras dan memastikan kemenangan calon-calon pilihan Presiden pada PRU ke-14 nanti.

Cuma, khabarnya ‘cap bunga’ hanya akan meletak sebanyak 8 orang calon saja di Kedah, dan itu pun belum tentu menang semua. Berbanding 36 Dun di negeri itu, ‘celah’ mana untuk ‘cap bunga’ mahu tawan Kedah? Lawan PKR pun belum tentu mereka lepas…

Leave a Reply