Apa Masalah Najib Belanja Hasil Petroleum, Undang2 Mana Yg Dilanggar?

DIFAHAMKAN Rafizi menggelar Datuk Sri Najib ini sebagai jaguh antara jaguh dalam membelanjakan hasil petroleum dalam persidangan parlimen semalam.  Tapi tak pulak disebut, kalau pun betul, apa masalahnya?  Undang-undang mana yang Najib langgar?

Ini kadang-kadang masalah bila hantar bukan manusia berhujah ke Parlimen.  Selangor sana sedang ada masalah peruntukan orang mati disalahgunakan wakil rakyat Pakatan tertentu tapi Rafizi menyoal kenapa Perdana Menteri belanja hasil petroleum, seolah-olah ada buat salah dengan membelanjakan wang itu.

Selain soal inflasi (RM 160 billion dibelanja zaman Mahathir tak sama dengan RM 160 billion hari ini), kita juga ada jumlah rakyat yang meningkat, jumlah kereta yang bertambah, jumlah kakitangan awam yang semakin ramai.  Menguruskan 15 juta rakyat dengan 31 juta hari ini, lainlah belanjanya.  Belanja sekolah anak seorang dengan anak 3 orang, tentulah berbeza.

Itupun bodoh sangat nak fikir ke?

Rakyat diharap mengambil ini sebagai iktibar untuk menolak pembangkang – di peti undi.  Hantar parlimen, dalam kes Rafizi, hantar belajar sampai ke luar negara, balik dan jadi ahli parlimen, dok menyoal perkara yang tidak ada nampak apa masalahnya kepada rakyat.

Tak tahulah kalau Pakatan jadi kerajaan dan Azizah jadi Perdana Menteri, maka wang hasil petroleum tidak akan belanjakan sebaliknya simpan buat pekasam.

Leave a Reply