Undang2 Shariah Dah Lama Di Malaysia, Siapa Bukan Muslim Yg Pernah Dihukum Dibawahnya?

PAKATAN+Pribumi sebenarnya tidak ada alasan kenapa mahu menolak hasrat PAS untuk meminda RUU355.  Dia nak pusing kat mana pun, tidak ada alasan sebab undang-undang shariah dah lama ada kat Malaysia ni dan terhad kepada orang bukan Islam saja.  Undang-undang shariah yang kita sebutkan ni, bukan hukum hudud sepenuhnya.

Nama pun pindaan, maksud kata undang-undang itu memang dah ada. hanya nak dipinda.  Yang Pakatan+Pribumi propakan seolah-seolah baru sekarang Malaysia nak ada dua sistem undang-undang tu kenapa?  Mungkin untuk generasi muda mata sepet yang tidak tahu apa pun agaknya.

Tak hairan kenapa untuk menakut-nakutkan orang di Malaysia tentang RUU355, Pakatan+Pribumi mencari contoh dari luar negara seperti Indonesia.  Walhal Malaysia pun ada undang-undang shariah yang lebih kurang sama tapi orang bukan Islam di Malaysia ini mana tahu semua tu pasal undang-undang berkenaan tidak terpakai kepada mereka.

Ada pernah kita dengar bukan Islam ditangkap dan dihukum kerana berkhalwat, minum arak, berzina dan sebagainya, ada ke?

Jadi jangan jadi bodohlah Pakatan+Pribumi.  Main politik, main politik kau sajalah, jangan babit soal agama.  RUU355 ini tentang perundangan Islam, dilaksanakan di mana tu (dalam kes ini di Kelantan), yang penting hanya orang Islam saja yang tertakluk, bukan Islam tidak termasuk.  Ini zaman berzaman dah dibuat di negara ini, kenapa sekarang baru Pakatan+Pribumi nak jadikan isu?

Apapun, orang Islam yang bercita-cita mahu mengundi Pakatan+Pribumi dalam PRU14 yang akan datang, boleh berfikir semula tentang puak-puak ini dan Islam.  Takkan nak tunggu mereka tukar cara ambil air sembahyang baru nak kata tolak Islam kot?

 

2 thoughts on “Undang2 Shariah Dah Lama Di Malaysia, Siapa Bukan Muslim Yg Pernah Dihukum Dibawahnya?

  • March 12, 2017 at 15:16
    Permalink

    Pembetulan: Ayat kedua:

    ….terhad kepada orang Islam sahaja.

    Reply

Leave a Reply