BR1M: Tak Layak Tapi Mohon, Perlu Dikenakan Tindakan

Share

BR!M nampaknya sedang disabotaj Pakatan dengan cara mengarahkan penyokong mereka yang tidak layak untuk memohon jugak.  Tujuannya jelas, supaya bila permohonan ditolak dalam jumlah yang banyak, perkara ini boleh dijadikan isu untuk memburukkan kerajaan di media sosial.

Seperti sekaranglah, 6.3 juta yang dapat dari lebih 8 juta yang mohon, tak diviralkan, beberapa kerat yang tak dapat tu dijadikan modal politik.  Nampak sangat ada yang tak kena.

Menteri Kewangan II, Datuk Johari Ghani beberapa hari lepas mendedahkan, ada orang gaji RM 10,000 dan ke atas pun memohon BR1M, apa kes?  Nampak sangat kerja kotor Pakatan, seperti mana lain-lain bantuan yang disalahgunakan seperti berpakat dengan pensyarah untuk mendapat gred baik agar hutang PTPTN ditukar kepada biasiswa,


Semua ini benda sama – sabotaj bantuan kerajaan dan dilakukan oleh pihak yang sama – Pakatan.

Kalau pendapatan RM 10,000 tapi tetap mohon BR1M ni, nampak sangat perbuatan sengaja.  Kalau beza seratus dua tu boleh fahamlah, ini beribu-ribu ringgit dari had kelayakan.  Malah kata Datuk Johari semalam, ada yang pendapatan RM 200,000 pun mohon BR1M juga!!  Apa Mahathir suruh anak-anaknya mohon BR1M jugak ke?

Agak-agaklah.


Oleh yang demikian, bermula pada tahun depan, suka dicadangkan agar kerajaan melaporkan semua kes-kes yang seumpama ini kepada SPRM atau pihak polis agar tindakan boleh diambil kepada mereka yang melakukan perkara ini dengan sengaja.  Ini macam cuba curi duit rakyat ni, walaupun RM 1,200 setahun, curi tetap curi.

Dengan cara itu, wang rakyat yang sepatutnya digunakan untuk menolong golongan yang memerlukan, tidak disalahgunakan atau lebih teruk lagi dijadikan modal politik untuk memburukkan kerajaan.

4 thoughts on “BR1M: Tak Layak Tapi Mohon, Perlu Dikenakan Tindakan

  • March 12, 2017 at 20:22
    Permalink

    elok di paparkan sahaja nama mereka agar jadikan pengajaran…

    Reply
  • March 12, 2017 at 23:21
    Permalink

    Simple je benda ni. Dekat borang Br1m tu letak syarat sesiapa yang memohon tidak akan mendapat sebarang pelepasan cukai pendapatan sama ada lulus atau gagal.Orang layak dapat br1m biasanya TAK LAYAK membayar cukai pendapatan jadi mereka langsung tak memerlukan pelepasan cukai. Harap LHDN ambil maklum.

    Mari kita tengok siapa sanggup bayar cukai lebih demi PARTI!!!

    Reply
  • March 12, 2017 at 23:52
    Permalink

    Aku pelik yg tak layak pun nak mohon brim mereka kaya raya contoh ada pendapat isi rumah lebih 4k keatas pun nak mohon brim dalam kes, ssm itu biar mereka mereka yg jadi mangsa ialah peniaga pasar malam dan peniaga tepi jalan ada ssm nasib baik kerajaan tangani dengan cepat supaya mereka meniaga tepi jalan dan pasar malam dapat brim. meniaga besar pun nak mohon brim pedapatan besar pun mahu mohon brim
    Sebab itu suruh mereka istiharkan akuan bank 3bulan pemdapat simpanan bank dan ada ssm mereka bagi penerima brim. aku penah jumpa anak datuk minta brim dah ada syarikat dan ada ssm gaji 10k atas sendiri lepas minta brim

    Mereka kena sedar brim itu untuk orang b40 dan orang miskin

    Reply

Leave a Reply