#RespectMyPM: Tolong Ajukan Soalan Yang Berkualiti Tinggi

Share

Baru-baru ini, seperti yang kita maklum Dewan Rakyat bersidang lagi. Difahamkan antara isu yang bakal menjadi perhatian ramai adalah berkenaan RUU 355 dan isu tergempar mengenai konflik antara negara kita dengan Korea Utara.

Namun begitu, ada pula Ahli Parlimen pembangkang yang meluahkan ketidakpuasan hati mereka apabila pertanyaan mereka ditolak oleh Dewan Rakyat. Mereka bagai marah apabila soalan mereka ‘malas’ dijawab atas alasan soalan tersebut berasaskan ‘sangkaan’ semata-mata.

Antara mereka yang meluahkan rasa tidak puas hati itu ialah Shamsul Iskandar Mat Akin. Penulis sebenarnya pada mula agak ‘kagum’ pada lelaki ini kerana menewaskan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Ali Rustam di Parlimen Bukit Katil. Tentu ada yang ‘istimewa’ padanya, bukan?

Namun malang, dari rasa ‘kagum’ itu, pandangan itu jatuh merudum hingga ke tahap paling negatif apabila dia bertanyakan soalan yang terlalu rendah akal dan sangat dangkal untuk dilayan khususnya di peringkat Parlimen yang membahas suatu yang lebih penting.

Apa yang dia tanya? Adakah patut dia tanya berapa peruntukan yang diberi kepada pengguna media sosial yang menggunakan hashtag #RespectMyPM? Soalan tersebut benar-benar berjaya membuat penulis ketawa besar terhadap Ahli Parlimen PKR itu..!

Tiada modal lain untuk bertanya soalankah? Atas dasar atau bukti apa yang membuat dia menyangka pengguna media sosial dibayar untuk menggunakan hashtag yang menunjukkan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak?

Apakah dia fikir pejuang-pejuang media sosial pro-UMNO dan kerajaan di negara ini ‘dibayar’ UMNO atau Kerajaan Malaysia? Dia fikir penyokong UMNO dan BN di negara ini ‘dibayar’ untuk berjuang di media sosial? Siapa yang beritahu Shamsul Iskandar agaknya?

Penulis yakin, jika penggunaan hashtag #RespectMyPM itu dibayar setiap kali membuat ‘posting’ di media sosial, maka sudah tentu bukan saja pejuang UMNO yang akan kaya-raya, malah mungkin ramai yang bukan ahli UMNO pun akan gunakan hashtag berkenaan untuk ‘cari makan’.

Apakah Shamsul Iskandar sudah ditipu oleh pihak tertentu hingga menyangka penggunaan hashtag itu dibayar? Siapa yang beritahu Shamsul Iskandar begitu? Adalah pihak itu beritahu begitu bertujuan untuk meminta bayaran bagi penggunaan hashtag #SokongAnwarJadiPM atau #SokongDAPJadiBoss?

Rasanya ada yang tidak kena dengan maklumat yang mungkin diterima Shamsul Iskandar. Mungkinkah ada yang cuba ambil kesempatan darinya dari persepsi itu? Cytro PKR dibayarkah? Atau ada cytro pembangkang lain yang meminta bayaran?

Bak kata orang putih, ‘grow up’, usahlah bersikap kebudak-budakan lagi. Shamsul Iskandar mungkin tidak percaya, namun hakikat sebenarnya ramai yang kini bangkit membela Dato’ Seri Najib Tun Razak yang berterusan diserang fitnah-fitnah terancang pembangkang.

Bukan saja pejuang UMNO dan BN, malah majoriti rakyat pun sudah muak dan bosan dengan permainan politik kotor pembangkang. Ramai yang sudah celik, malah ramai juga yang kini mempersoal logik fakta yang dikemukakan pembangkang. Dia fikir rakyat bodoh?

Jadi yang pertamanya, walaupun khabarnya Shamsul Iskandar fikizalnya ‘rendah’ saja orangnya, tolonglah pilih dan ajukan soalan yang berkualiti tinggi. Kedua, harap selepas ini tidak lagi ditipu ‘polong bertuan mahu kaya cepat’ yang kini melompat bersama pembangkang. Titik.

2 thoughts on “#RespectMyPM: Tolong Ajukan Soalan Yang Berkualiti Tinggi

  • March 11, 2017 at 14:29
    Permalink

    dah terlambat untuk grow up….dia memang sebenarnya pendek jalan terkedek kedek…LOL..

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!