Isu Agih Kerusi: Tebalnya Muka Dia…

Share
Penulis tidak dapat membayangkan betapa tebalnya muka ‘Tuan Presiden’ apabila PAS mendakwa mereka langsung tidak tahu menahu tentang jemputan kepada parti ‘cap bunga’ untuk mengagih-agih kerusi antara dua parti itu.

Presiden kata PAS jemput mereka untuk agih kerusi. Tapi tiba-tiba PAS nafikan ada membuat jemputan, malah tidak tahu pula tentang jemputan tersebut. Dan semalam, ada pula pemimpin ‘cap bunga’ yang bertegas mendakwa kononnya PAS ada membuat jemputan?

Sebetulnya, sekiranya penulis sendiri menjadi ahli PAS atau ahli ‘cap bunga’, maka penulis sendiri akan keliru berhubung situasi ini. Benarkah ada jemputan untuk agihan kerusi antara dua parti? Bila dijemput? Ada surat rasmi atau tidak? Apa pula buktinya?

Bila ada jemputan dan diwar-warkan kepada media mengenainya, maka sudah tentulah ia merupakan suatu yang rasmi. Sedangkan kenduri kahwin pun biasanya disertakan kad jemputan, inikan pula mesyuarat isu sensitif yang melibatkan agihan kerusi antara dua parti…


Siapakah sebenarnya yang menipu dalam hal ini? PAS atau parti ‘cap bunga’? Apakah PAS yang mendabik dada sebagai parti Islam tapi sanggup menipu? Atau ‘cap bunga’ yang kononnya ‘semua dia saja yang betul’ itu sebenarnya ‘menipu’ untuk beri tekanan kepada PAS?

Pada pandangan penulis, sama ada benar atau tidak soal jemputan untuk berbahagi kerusi itu, ia sama sekali tidak memberi apa-apa kesan kepada UMNO atau BN. Dalam soal agihan kerusi, BN sememangnya bermuafakat dalam hal ini.

Namun seperti yang dijangka ramai penganalisis politik, soal agihan kerusi merupakan soal sensitif dan kritikal di kalangan pemimpin pembangkang. Ia bakal mencetus banyak ketidakpuasan hati khususnya di kalangan akar umbi.


Sebagai contoh, PAS sebelum ini terpaksa memberi kerusi mereka kepada PKR. Sedangkan di peringkat akar umbi dan gerakan berkempen, PAS yang buat kerja bagai ‘macai’. Malah PAS yang gantung bendera, sedangkan puak PKR dikatakan ‘tengok saja’…

Mungkin kerana faktor itu, PAS mahukan kerusi yang diberi pada PKR tersebut dikembalikan semula kepada mereka. Bukan itu saja, ada juga laporan yang mengatakan penyokong PAS enggan keluar mengundi gara-gara calon yang bertanding itu adalah calon PKR.

Apatah lagi jika ia melibatkan sebuah parti yang diketuai oleh individu yang mereka gelar sebagai ‘Maha-Firaun’ dulu. Mereka tidak akan lupa pada peristiwa Memali. Mereka juga tidak akan lupa bagaimana dia ‘memijak’ draf hudud dulu. Dia fikir PAS lupa pada ‘dosa-dosa silam’nya?


PAS mahu cari nahas memberikan kerusi pada ‘cap bunga’? Pada pandangan penulis, jika Presiden PAS itu bernama Mahfuz Omar, mungkin benar PAS akan berikan kerusi pada ‘cap bunga’. Namun belum tentu lagi bila Presiden PAS bernama Abdul Hadi Awang…

Lebih memalukan ialah apabila PAS ‘selamba badak’ menafikan ada menjemput ‘cap bunga’ untuk membahagi kerusi pilihan raya. Bagai hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, PAS bagai langsung tidak beri muka pada Presiden ‘cap bunga’ dengan memalukannya di khalayak umum, bukan?

Pada penulis, PAS boleh saja mengatakan ‘ada membuat jemputan’ bagi menjaga air muka Presiden ‘cap bunga’. Namun bila ia dinafikan oleh dua Naib Presiden PAS, maka sudah tentulah ramai yang akan memandang Presiden ‘cap bunga’ itu menipu…

Penulis tidak peduli pada isu agihan kerusi itu. Pandangan peribadi penulis, UMNO dan BN lebih wajar bersedia dengan pertembungan satu lawan satu berbanding lebih dari tiga penjuru pada PRU ke-14 nanti. Bukan apa, PAS pun sebelum ini pernah buat ‘u-turn’, bukan? Fikirkan…

Leave a Reply