Pelanduk Suka Muka Orang Pakatan Agaknya Ya!!

Share

UNTUNG jadi pemimpin Pakatan di Malaysia ini tau, muka terang-terang keluar video pun, mesti dakwa pelanduk dua serupa.  Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, dah banyak kes seumpama ini penulis tengok, asal muka dalam video sama je, mesti pelanduk yang salah.

Jangan orang BN kang, terakam bayang-bayang kat dinding pun dah dikatakan dia.  Orang Pakatan, muka terang-terang dia pun masih tak mengaku lagi, video macam itu, gambar apatah lagi, memang tak mengakunyalah.

Anwar, Mustafa dan sekarang seorang ahli Parlimen DAP dah kahwin dan ada nama Melayu, semua macam itu, mati-mati tak mengaku walaupun jelas muka dia yang terpampang.  Persoalannya, ramai betul orang muka sama dengan muka pemimpin Pakatan kat dunia ni sampai semua kes pelanduk dua serupa?


Sangka baiklah, mungkin pelanduk kat dunia ni suka pilih muka pemimpin Pakatan, pelanduk tak suka nak tiru muka pemimpin UMNO, nak nak babit benda tak senonoh,  Itu yang kalau terakam mesti muka orang Pakatan, orang UMNOnya tak pernah.

Yang bodoh, tetaplah macai penyokong yang dibawah.  Hati kata memang dia tapi politik punya pasal, buat buat buta.

Apa pun inilah pemimpin Pakatan kalau rakyat nak tahu, tak pernah yang nak mengaku bila kantoi buat salah.  Lepas tu ada hati pulak nak mengajar orang lain pasal nahi dan mungkar, itu yang tak tahan.  Bukanlah maksud cakap tu nak cari yang macam malaikat jadi pemimpin tapi jangan tipu rakyat.


Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang berani mengambil risiko, kalau dah buat salah tu (terakam dalam video pulak lagi), mengaku sajalah, jadilah anak jantan sikit.

Ini tidak, 24 jam hidup tak pernah yang macam Melayu pun, tapi bila kantoi, pandai pulak guna pepatah Melayu (pelanduk dua serupa) untuk lepaskan diri.  Bangsat betul!!

Leave a Reply