Skandal SMUE Pakatan: Hidup Kena Tipu, Mati Pun Kena Tipu Juga?

ATAS kertas nampak cantiklah, warga emas berdaftar yang meninggal dunia, kerajaan negeri Selangor akan beri RM 2,500 untuk urusan pengebumian di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE).  Masa awal-awal dilaksanakan dulu, skim ini antara yang dibangga-banggakan orang Pakatan.

Terlanjur nak sebut ni, di Malaysia ni soal mati hampir tak perlu risau kerana sebahagian besar rakyat akan diberi bantuan langsung atau tidak langsung.  Yang mencarum dengan EPF dan SOCSO, masing-masing ada sediakan wang khairat kematian RM 2,500 dan RM 1,500.  Pelabur ASB ada, pelabur Tabung Haji ada, peneroka Felda RM 3,000 (RM 7,000 bantuan tambahan) – semua ini dah wujud sejak berpuluh-puluh tahun yang lepas, sebelum Pakatan ambil alih Selangor pun.

Itu yang tertera di atas, difahamkan kerajaan BN pun ada beri bantuan seperti ini dari masa ke semasa melalui pejabat ADUN dan Ahli Parlimen, cuma tak diheboh-hebohkan sajalah.  Tak sebut lagi skim khairat kematian di komuniti kejiranan yang diwujudkan sendiri dan sebagainya.

Senang cakap, bagi rakyat dewasa kat negara ni, takde isu soal belanja menguruskan kematian, tak tahu la pulak kenapa nak ditambah dengan SMUE ni di Selangor, nak bagi nampak prihatin kot?  Tapi tak mengapalah, benda baik untuk rakyat, lagi banyak lagi bagus kata orang.

Cuma masalahnya, skim ini – mungkin sebab dah terlalu banyak skim hampir sama wujud, telah terpalit dengan skandal.  Duitnya keluar tapi yang patut dapat ke tidak, itu jadi persoalan.  Itu aneh nombor satu, aneh nombor dua, walaupun namanya skim mesra usia emas Selangor, tapi ahli parlimen pembangkang di Kuala Lumpur pun merasa jugak.

Difahamkan, belah KL ini yang banyak penyelewengan berlaku.

Apa pun, jika ini didapati benar dan skandal ini benar-benar berlaku, ia menunjukkan bahawa Pakatan tidak akan teragak-agak menipu walaupun dalam hal membabitkan kematian. Hina punya Pakatan, tapi nak tunjuk baik depan rakyat. 

Yang hidup jangan cakaplah, tanya saja 34 penduduk Flat Kg Kerinchi yang melepas rumah lebih selesa di Residensi Kerinchi.  Tanya lebih 3,000 pendeposit tabung haji yang terlepas peluang dividen bonus dan paling penting,  peluang menunaikan haji.  Tanya lebih 500 peneroka Felda yang turut menerima nasib sama.  Semua sebab terpedaya dengan Pakatan.

Rafizi sorang saja menipu dan menyusahkan hidup berapa ramai orang, belum yang lain lagi.

2 thoughts on “Skandal SMUE Pakatan: Hidup Kena Tipu, Mati Pun Kena Tipu Juga?

  • March 9, 2017 at 22:33
    Permalink

    Bagus lah tu yg kena main dan kena makan orang sepakatan dia jugak.. memang patut pun, teruskan lah. Orang2 dia jugak yg rugi dan yang diperbodohkan. Spesis jenis yang tak mau berfikir. Jenis ni kalau bagi kesenangan dan bantuan pun umpama melepaskan anjing tersepit.. lagi di salak dan di gigitnya kita…

    Reply

Leave a Reply