‘Otak Genius’ Yang Menyusahkan Semua Orang…

Share

Mungkin sudah sifatnya yang semulajadi apabila tidak sukakan seseorang atau musuh politiknya, maka apa saja yang dilakukan individu itu, sama ada baik mahupun tidak, dia akan tetap nampak buruk di matanya.

Jika diperhatikan, sikap itu dia amalkan sejak di zaman dia belum berkuasa lagi, membawa ketika dia berkuasa dan sehinggalah kini dia tidak berkuasa. Almarhum Tunku buat perkara elok pun dia kutuk, Tun Hussein buat perkara baik pun dia hentam, Ku Li buat jasa pun dia ‘pancung, dan kini Datuk Seri Najib buat sebaik mungkin dan berhati-hati pun dia kritik.

Pendek kata dalam ‘otak genius’nya itu, apa saja yang dia buat semuanya elok-elok belaka dan apa saja yang dibuat oleh orang dia tidak suka maka buruk-buruk belaka? Mungkin itulah salah satu prinsip yang akan dia bawa ke kubur suatu hari nanti…

Benar bahawa konflik di antara Malaysia dan Korea Utara tidak pernah berlaku. Dan begitu juga insiden pesawat MH17 yang ditembak jatuh sebelum ini pun tidak pernah berlaku. Namun insiden pesawat malang itu ditangani begitu halus, berdiplomasi dan baik oleh Najib.

Jadi, kenapa perlu memperlekeh usaha yang sedang dilakukan Perdana Menteri yang kini sedang berusaha menyelesaikan konflik dengan negara republik itu? Atau memang hati itu sudah ‘gelap-gelita’, suka mengamalkan buruk sangka memperlekeh usaha murni orang lain?

Jika hebat dan genius sangat, tidak perlu diimbas isu hubungan luar dengan negara asing, rujuk isu dalam negara pun kita boleh tengok ‘kehebatannya’…

Dulu, sememangnya semua Perdana Menteri sebelumnya sudah merancang dasar untuk membina lebuhraya di negara ini. Mereka merancang dengan hati murni untuk membina lebuhraya yang bersifat rakyat tanpa mengenakan sebarang tol.

Tapi, kenapa apabila dia berkuasa, tiba-tiba saja dibina lebuhraya dengan tol? Menggunakan alasan dasar penswastaan tidak salah, namun siapa sebenarnya yang mendapat laba dari kontrak dan konsesi lumayan itu?

Lebih penting, apakah perjanjian membina lebuh raya itu menguntungkan kerajaan dan rakyat di negara ini? Bagaimana dengan terma-termanya?

‘Cerdiknya’ dia mengenakan penggantinya, kadar tol di zamannya perlu bermula dengan bayaran paling minimum dan ia dinaikkan secara berperingkat setiap tiga tahun, bukan? Berapa lama pula perjanjian konsesinya? Tiga tahun atau 25 tahun, atau lebih dari itu?

Kadar tol itu meningkat mengikut masa. Menidakkan hak pemegang konsesi untuk menaikkan kadar tol hanya akan mengakibatkan kerajaan terpaksa membayar kos pampasan yang tinggi. Cuba periksa berapa ratus juta ringgit yang terpaksa dibayar oleh kerajaan semata-mata untuk mengekang kenaikan harga tol demi tidak membebankan rakyat…

Dan apabila dia tidak lagi berkuasa, maka kadar tol itu akan meningkat berganda dari asal kadar mininumnya. Dia untung seorang kerana tidak dikutuk rakyat, namun penggantinya terpaksa menanggung akibat dari ‘otak genius’ seorang ‘negarawan ulung’?

Mungkin kerana itulah, maka Najib sanggup membina Lebuh raya Pan Borneo dan beroperasi tanpa tol di Sabah dan Sarawak. Lebuh rayanya lebih panjang dari PLUS, merentasi gunung-ganang dan sungai-sungai dari hujung Sarawak hinggalah ke penjuru Sabah.

Kenapa Najib mampu membina lebuh raya tanpa tol di zaman serba mahal ini, dan mengapa pula dia buat lebuh raya bertol di zaman yang kononnya serba-serbinya ‘murah’? Kerana mahu tolong ‘kroni’ atau mahu ‘tolong’ rakyat?

Pada pandangan penulis, siapa yang meneliti dan belajar tentang dasar, politik dan keputusan awam, serta rajin mengkaji secara rasional, maka mereka akan akui banyak kerosakan lalu yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan sekarang yang dipimpin Najib.

Dia masih hidup lagi. Tapi hidupnya itu bukan mahu membantu, malah dia mahu menjahanamkan lagi orang yang sedang ‘mencuci’ segala ‘najis-najis’ peninggalannya. Mentang-mentanglah kini sudah ‘berpeluk’ dengan ‘rasis’ dan ‘penjenayah tidak bermoral’, berlagak sungguh dia, kan?

Leave a Reply