Dakwaan 6000 Pensyarah Ditamatkan Kontrak Tahun Lalu Adalah Bohong

Share

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menafikan dakwaan Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia, (MAAC) Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin bahawa seramai 6000 orang pensyarah universiti tidak disambung kontrak sejak tahun lalu akibat pemotongan bajet.

Sebaliknya KPT yang dipetik Berita Harian Online malam tadi menjelaskan jumlah pensyarah yang tamat kontrak, bersara atau diberhentikan sejak 2012, hanyalah kira-kira 2,000 orang. dan bukannya 6,000 seperti didakwa

Dalam kenyataannya malam ini, KPT berkata, jumlah itu tidak tertumpu kepada yang diberhentikan atas sebab tertentu sahaja, sebaliknya merangkumi bilangan pensyarah yang pencen dan yang tidak disambung kontrak.

Katanya, angka berkenaan tidak mengambil kira kemasukan pensyarah baharu sambil menegaskan ketika ini, ada lebih 32,000 pensyarah di universiti awam (UA) di seluruh negara.

“Universiti mempunyai autonomi untuk melantik semula pensyarah yang pencen. KPT percaya universiti akan terus melantik pensyarah yang pencen secara kontrak bagi memenuhi keperluan.

“Universiti juga mempunyai pelan penggantian masing-masing bagi membolehkan pensyarah muda mengambil alih jawatan yang dikosongkan.

“KPT ingin menjelaskan cadangan MAAC yang dibangkitkan pada September 2016, sudah dikemukakan kepada agensi pusat untuk dipertimbangkan,” katanya.

KPT menafikan tiada kenaikan gaji pensyarah sejak 12 tahun lalu seperti dakwaan kesatuan.

Pada 2012, semua pensyarah universiti diberikan kenaikan gaji oleh kerajaan, selaras Pekeliling Kerajaan Bil 1 Tahun 2012, mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Menurut KPT, isu kebajikan pensyarah dipandang serius sejak 1 September 2010, apabila Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti (SPPU) ditambah baik.

“SPPU adalah satu-satunya skim perkhidmatan awam (SPA) di negara ini yang berlandaskan merit iaitu kenaikan pangkat tidak perlu mengisi kekosongan.

“Disebabkan berdasar kepada merit, kenaikan pangkat juga boleh dilakukan secara berganda dengan pelangkauan gred di tengah.

“Selain itu, pensyarah universiti yang memiliki ijazah kedoktoran (PhD) akan terus dilantik ke gred DS51, tidak kira umur mereka, selain universiti diberikan autonomi menentukan kriteria kenaikan pangkat dan pengurusan sumber masing-masing,” katanya.

“Pensyarah turut dibenar menjalankan kerja perundingan, menubuhkan dan menguruskan syarikat sendiri, selain mendapatkan perkongsian royalti hasil pengkomersailan penyelidikan, penerbitan bahan ilmiah dan sebagainya. Ia sebagai satu sumber pendapatan tambahan bagi pensyarah.

“Pada 2015, KPT dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) memperkasakan bakat dalam kalangan pensyarah menerusi inisiatif laluan kerjaya 4-trek.

“Ia merangkumi trek pengajaran, penyelidikan, kepemimpinan dan profesional industri, kriteria kenaikan pangkat menjadi fleksibel serta dinamik, selain pensyarah dapat memfokuskan pembangunan kerjaya mereka mengikut trek dipilih,” katanya. – MYKMU.NET

4 thoughts on “Dakwaan 6000 Pensyarah Ditamatkan Kontrak Tahun Lalu Adalah Bohong

  • March 7, 2017 at 08:25
    Permalink

    Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia, (MAAC) Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin ni minum ketum ke apa? buat fitnah nak memburukkan imej negara.

    elok dilucutkan jawatan prof.

    Reply
    • March 7, 2017 at 11:54
      Permalink

      elok dia pi Unisel…lubuk pensyarah pro pembangkang..hu..hu..hu..

      Reply
  • March 7, 2017 at 13:19
    Permalink

    Profesor kangkung elok lah di tamatkan kontrek mereka.

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!