BR1M: Org Buta Jual Tisu Kalau Gaji RM5k Pun Tak Layak

Share

BANTUAN Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang kita ingat dibenci, rupa-rupanya begitu ‘disayangi’ rakyat Malaysia.  Ini dibuktikan dengan beberapa kerat pemohon yang tidak lulus permohonannya membuat bising di media sosial.  Kesian, tak siapa peduli BR1M rasuah atau tidak lagi dah seperti yang cuba dianjurkan Mahathir, sebaliknya mereka bising bila tidak merasa.

Tapi terlanjur dengan minat yang begitu mendalam terhadap BR1M ini, suka diingatkan sekali lagi bahawa penerimaan BR1M adalah tentang kelayakan. Sebab itu BR1M ini perlu dipohon, bukan automatik dapat.

Dapat tak dapat BR1M bukan tentang jenis pekerjaan kita.  Orang buta jual tisu pun, kalau pendapatannya RM 5,000 sebulan, dia tidak layak untuk mendapat BR1M.  BR1M juga bukan tentang apa yang orang rasa tentang kita, nampak pakai macam tak mewah sikit, dah layak mohon BR1M, bukan itu.

Sebaliknya BR1M, sebahagian besarnya ialah tentang kedudukan kewangan kita kerana BR1M hanya untuk yang layak saja.  Ada juga beberapa kes dimana permohonan BR1M ditolak kerana nama tersenarai sebagai penerima Kad Debit Pelajar, isu ini pihak yang berkenaan kena tengok baliklah sebab ada diantara mereka hanya pelajar separuh masa atau PJJ.

Tapi untuk majoriti besar yang permohonan mereka ditolak kerana nama berdaftar dibawah SSM, perlu ingat bahawa tidak bekerja atau bekerja dengan pendapatan bawah RM 4,000 tapi nama berdaftar dibawah SSM, maka perlu diserahkan penyata kewangan syarikat tersebut supaya kelayakan anda boleh dikenalpasti.

Masalahnya ramai melihat gaji sahaja sebagai pendapatan padahal, pendapatan dan keuntungan dari syarikat dimana mereka ada kepentingan juga sebenarnya adalah sejenis pendapatan.  Kalau syarikat itu tidak buat duit, serah penyata kewangan syarikat, apa masalah?  Nanti dalam tempoh merayu April depan, lakukanlah.

Sepatutnya rakyat berasa lega bila ada pemohon yang tidak dapat.  Ini bukti kerajaan berhati-hati dalam menguruskan wang negara, bukan main tabur begitu saja.

Begitupun di akhirnya, rezeki ini adalah hak Allah swt.  Tanggungjawab kita berusaha, selebihnya serah kepada Allah swt.  Orang yang menyalahkan Najib bila tak dapat BR1M ini, bukan saja bodoh dan kufur nikmat, tapi jauh dari Tuhan mereka.  Takde masanya Najib nak tengok satu satu siapa layak dapat BR1M ke tidak, otak tu bergeraklah sikit.

Tapi uintunglah ada Najib, ada juga BR1M.  5 Perdana Menteri dah sebelum ni, termasuk seorang itu sahaja 22 tahun, tak merasa BR1M pun.

2 thoughts on “BR1M: Org Buta Jual Tisu Kalau Gaji RM5k Pun Tak Layak

  • March 8, 2017 at 17:37
    Permalink

    Kalau peniaga pasar malam macam mana pulak? kebanyakan mereka tak ada penyata kewangan syarikat dan mereka ada ssm kebanyakan mereka hanya guna akaun simpanan je.

    Bolah tak gunakan ssm, lesen pbt pasar malam dan penyata simpanan untuk minta brim itu
    Aku penah tanya baru ini mereka cakap suruh buat rayuan pada April ini.

    Sebab kalau nak ambil lesen pasar malam di selangor perlukan ssm

    aku tanya soal pada pegawai semak brim itu mereka diam je. Mereka gagal jawab soalan aku ini

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!