BR1M: Isytihar Pendapatan Perniagaan, Dan Kemudian Buat Rayuan di LHDN

Share

Daftar SSM punca kenapa permohonan BR1M ditolak? Bila ramai yang bertanya soalan seperti itu, ia memperlihatkan seolah-olah kerajaan kejam. Namun, apakan daya jika jawapan sedemikian yang muncul sewaktu membuat pemeriksaan status layak BR1M. Siapa yang tidak marah, bukan? Penulis tidak menolak kemungkinan, antara yang sedang marah ialah mereka telah menerima BR1M dan telah mempunyai SSM sejak awal BR1M diperkenalkan.

Kepada LHDN, diharap perkara-perkara pentadbiran seperti ini dimaklumkan dengan jelas kepada pemohon terlebih awal. Langkah kawalan perlu diumumkan sejelas-jelasnya, dan bukannya hadir di saat keputusan diberikan.

Penulis difahamkan, punca utama  permohonan tersebut ditolak adalah akibat dari kegagalan pemohon untuk mengesahkan pendapatan dari perniagaan yang didaftarkan. Merujuk kepada seorang rakan penulis, yang mempunyai syarikat berdaftar dibawah SSM tetapi masih terima BR1M baru-baru ini. Apa rahsianya? Beliau kemukakan penyata pendapatan perniagaan online nya kepada LHDN. Pendapatan dalam kategori layak BR1M, maka permohonannya lulus. Tiada masalah.

Kepada yang ditolak permohonannya, akan ada tempoh rayuan bermula 3 April 2017 hingga 31 Mei 2017. Maka, dari terus menyalahkan orang lain, lebih baik usahakan cara untuk mengesahkan pendapatan perniagaan anda dan kemudian buat rayuan kepada LHDN. Jika pendapatan tersebut tergolong di kategori layak terima BR1M, Insha Allah dapat juga nanti.

Tahniah juga kepada tukang adu domba, yang pasti sedang bergembira dengan langkah LHDN yang bikin onar.  Cuma, ingin penulis jelaskan disini, tidak perlulah jadi hero dalam isu BR1M ini. Bukankah anda juga yang sepakat dengan berkat politikus antik yang mendakwa BR1M itu rasuah dan dedak. Bukan main menghina BR1M dan penerimanya, kini cuba melabelkan kerajaan sebagai zalim kerana tidak memberi “rasuah”.

Lucu juga melihat karenah puak-puak adu domba ini, berubah-berubah, dan asyik “u-turn” memanjang.  Cubalah jadi insan yang bermaruah, kalau pun bukan untuk diri sendiri, sekurang-kurangnya untuk anak-anak bangga melihat ibu bapanya cerdik.

2 thoughts on “BR1M: Isytihar Pendapatan Perniagaan, Dan Kemudian Buat Rayuan di LHDN

  • March 7, 2017 at 14:45
    Permalink

    Sepatutnya lhdn beri tahu dari awal lagi Kebanyakan penerima brim adalah peniaga pasar malam yg ada pendaftaran ssm yg bank pulak sepatutnya ‘bila nak minta penyata bank pendapatan perniagaan online jangan pulak cas wang pulak atas kertas penyata yg mint pulak. ada bank kena bayaran untuk cetak penyata pendapatan .manakala bank mybank pulak minta penyata macam2 alasan bagi ‘tak semua orang ada computer dan ada perinter computer ada pulak perkerja mybank suruh kita pulak pergi ke cyber cafir untuk minta penyata bank . Dekat mesin atm itu bukan boleh keluarkan penyata bank pun berbulan bulan

    Cadangan aku ini peniaga pasar malam mesti serta akan dengan pbt lesen pasar malam dan ssm itu untuk melayakan mereka menerima brim itu

    Sebelum buat sesuat kena umumkan dari awal lagi. kami yg tahu hanya diborong itu hanya tulis minta ssm je tak ada pun minta penyata bank pun

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!