Beza Antara Selfie ‘Laku’ Dan ‘Tak Laku’…

Baru-baru ini tular di media-media sosial sekeping gambar selfie atau kini dipanggil swafoto di antara Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, yang dirakam dalam lawatan baginda selama 4 hari, tempohari.

Tular bukan sebarang tular, gambar berkenaan bukan saja menunjukkan hubungan akrab secara peribadi di antara Najib dan Raja Salman, malah ia membuahkan hasil apabila baginda turut membawa pelaburan ke negara ini dengan nilai mencecah puluhan bilion ringgit.

Pada pandangan penulis, itulah perbezaan ketara yang terdapat di antara Najib dan Timbalan Presiden parti ‘cap bunga’ yang dikatakan salah seorang yang ‘gila’ selfie.

Timbalan Presiden ‘cap bunga’ itu sebelum ini dilihat begitu gemar merakam gambar selfie terutama ketika dia masih memegang jawatan sebagai Menteri Besar di sebuah negeri. Ke hulu ke hilir dia berselfie, hinggakan ramai yang menyindirnya.

Ketika dia kelihatan kemaruk berselfie di mana jua dia singgah di negeri utara itu, sebenarnya ramai yang tidak senang dengan sikap kebudak-budakannya. Malah ada yang berlaku sinikal seolah-olah Menteri Besar itu tidak punya kerja lain yang lebih mustahak untuk dibereskan.

Apa yang dia dapat dari hasil selfienya? Hanya populariti dan meraih glamor? Apa pentingnya popular di mata rakyat sekiranya tiada sebarang perubahan dalam mencipta dan melaksanakan dasar yang meningkatkan tahap sosio-ekonomi rakyat?

Khabarnya, apabila dibangkitkan soal tersebut, ada pula alasan yang diberi sambil menyebut-nyebut tentang projek-projek mega seperti membina lapangan terbang antarabangsa, membina pusat bandar getah dan sebagainya.

Hakikatnya, dia hanya mencanangkan sesuatu yang memerlukan modal yang sangat tinggi dan memerlukan komitmen yang besar untuk dijayakan. Malah, semua perkara yang dia sebutkan itu hanyalah membabitkan perancangan-perancangan di atas kertas sahaja.

Apa nilai perancangan di atas kertas yang dijaja ke sana ke mari, sedangkan dia sibuk berselfie siang dan malam selain berulang alik dari negeri utara itu ke ibu negara hampir setiap minggu? Agaknya dia fikir kertas yang tertulis perancangan itu akan membina bandaraya getah dengan sendirinya?

Pada pandangan penulis, dia mungkin popular ‘menjual muka’ di kalangan anak muda terutama para penyokong pasukan bola di negeri terbabit yang tidak sedar ‘dipergunakan’. Namun hakikatnya, selfienya itu langsung tidak membawa sebarang manfaat atau apa-apa erti kepada negeri yang dipimpinnya.

Pada penulis, itulah yang dipanggil ‘syok sendiri’, tapi hasilnya kosong. Hakikatnya, selfienya itu ‘tidak laku’ dari sudut faedah untuk rakyat, berbanding selfie Najib yang jelas membuahkan begitu banyak manfaat kepada rakyat di seluruh negara, terutama yang beragama Islam.

Justeru itu, rasanya tidak perlulah dia terlalu bercita-cita tinggi untuk menjadi Perdana Menteri kerana hakikatnya menjadi Menteri Besar di negeri kelahirannya sendiri pun dia gagal. Orang sibuk bekerja untuk rakyat, dia pula sibuk selfie ke sana ke mari.

Sekarang, selfielah puas-puas dengan Lim Kit Siang, Mat Sabu dan Anwar Ibrahim. Mana tahu nanti ada sahabat bernama Soros akan datang bantu, bukan?

2 thoughts on “Beza Antara Selfie ‘Laku’ Dan ‘Tak Laku’…

  • March 9, 2017 at 13:28
    Permalink

    Beza disitu PM berselfie bila keperluan selfie itu timbul , yeini seorang tetamu kehurmat berada disebelah beliau. Mereka tentunya sedang dikerumuni oleh cameramen dan press yang membuat liputan dan mengambil photo mereka. Mereka pun boleh rujuk photos itu untuk buat kenangan. Tapi dalam hal berselfie tentunya memberi kenangan yang lebih manis kerana photo diambil sendiri.

    Dalam hal boboi pulak khabarnya hobi dia berselfie dan travel. Semasa jadi MB dia akan berselfie diamana saja dan dia berulang alik dari KL ke Alor Stak. Sampai dia akhirnya jadi stuck dan dibuang dari ofis …. tu die ehh.

    Reply

Leave a Reply