Mahathir Tak Perlu Tubuh Parti Baru Kalau Setakat Nak Anwar Jadi PM

Share

PERDEBATAN mengenai siapa bakal Perdana Menteri KALAU Pakatan menang dalam PRU14 nanti memang isu yang begitu menghambat sekarang ini.  Ia bukanlah propaganda atau benda yang tidak ada tapi cuba diada-adakan.  Isu ini memang real, seperti realnya DNA Anwar yang dijumpai 4cm ke dalam dubor jantan yang lain.

Kalau tanya PKR, jawapannya sudah tentulah Anwar.  Tanya DAP, depan PKR dia cakap Anwar, depan Pribumi dia cakap entah siapa (Boboi la kot).  Tanya PAN pulak, jawapannya ikut DAP, DAP kata A, A lah, DAP kata B, B lah – taraf macai, macam itulah.  Kalau tanya pada Pribumi pulak, ada jawapan dah, tapi gilakah nak dedah sekarang?

Bercakap tentang Pribumi ini, sudah tentulah Anwar bukan pilihannya dan logik ini ada.  Mahathir tidak perlu bersusah payah menubuh parti baru kalau dia mahu Anwar jadi Perdana Menteri.  Ada lebih baik kalau Mahathir menyertai mana-mana parti politik sedia ada yang mahu Anwar jadi Perdana Menteri, seperti PKR dan DAP.  Jimat masa, jimat duuit.


PAN pun boleh tapi sebab PAN ikut DAP, ada lebih baik masuk DAP – itu kalau betul Mahathir nak Anwar jadi Perdana Menterilah.  Sebab Mahathir ada calon Perdana Menteri sendirilah maka dia menubuhkan parti sendiri dan tidak menyertai mana-mana parti Pakatan sedia ada – itu pun susah nak fikir ke?

Cita-cita Mahathir inilah yang menambah pening kepala Pakatan.  Sebelum ada Mahathir, semua masalah ini tidak wujud – Anwar calon tunggal Perdana Menteri, tinggal persoalan siapa akan jadi Perdana Menteri sementara dan Timbalannya sahajalah.

Adanya Mahathir dan calon bakal Perdana Menteri sendiri, semuanya jadi pening.


Dahlah Mahathir baru-baru ini mengaku Raja U-Turn.  Hari ini cakap macam itu, esok cakap macam ini, bertambah pening lagi kepala Pakatan nak memikir apa selepas itu?  Kalau Anwar jadi Perdana Menteri sekalipun tapi dengan Mahathir dibelakang, asyik nak kena toleh sajalah takut kena tikam.

Leave a Reply