Jangan Sampai ‘Disumpah Mahsuri’ Nanti…

Share

Bagai pucuk dicita, ulam mendatang. Jika benar bagai dikata benar-benar mahu bertanding di Parlimen Langkawi, penulis yakin bahawa seluruh pengundi di pulau lagenda itu pun tidak sabar-sabar untuk melihat dia bertanding di kawasan mereka.

Khabarnya dia secara tidak langsung memilih diri sendiri sebagai calon bagi Parlimen Langkawi pada PRU ke-14 nanti. Menggunakan alasan mencabar Dato’ Seri Nazri Aziz, dia bayangkan Langkawi itu bagai ‘dia yang punya’…

Penulis yakin, generasi muda di zaman ini ramai yang sudah ke Langkawi. Melancong dan membeli belah di pulau bebas cukai itu, ramai yang hanya membawa masuk 1-2 beg saja namun keluar dari pulau itu dengan membawa lebih dari 5 beg penuh berisi barangan di sana.

Tidak dinafikan Langkawi pesat membangun dan terkenal sebagai pusat pelancongan dunia. Dilaporkan lebih dari 2 juta pelancong ke pulau antara yang tercantik di dunia itu setiap tahun. Tidak banyak pulau pelancongan yang setanding Langkawi di negara ini.

Namun begitu, kita semua sedia maklum bagaimana dia ‘membangunkan’ Langkawi ketika dia berkuasa dahulu. Dimulakan dengan cerita rakyat berkenaan sumpah Mahsuri dan ‘padang jarak padang tekukur’ selama 7 keturunan, dihiasi pula dengan alasan pusat pelancongan terkemuka.

Bermula dari menyediakan prasarana, pulau tersebut mula dihiasi dengan hotel-hotel bertaraf 4 hingga 5 bintang. Yang terkini, boleh dikatakan terbina hotel yang bertaraf lebih dari 6 bintang di sana. Hebat, bukan?

Namun jika diteliti sebaik-baiknya, siapakah pemilik hotel-hotel besar dan mewah di Langkawi? Milik keturunan Pak Ndak Mayah? Milik sepupu sepapat Mahsuri? Milik orang tempatan atau sahabat-sahabat akrab seseorang?

Kita semua maklum bahawa bidang kuasa tanah merupakan di bawah kuasa kerajaan negeri. Bagaimana tanah-tanah strategik di Langkawi yang begitu berharga, tiba-tiba jatuh ke tangan ‘kroni-kroni’ seseorang? Kenapa begitu mudah mereka mendapatkan tanah anak Langkawi?

Dulu ketika Langkawi sedang dibangunkan, penulis yakin ramai generasi lama yang menyedari wujudnya perkampungan-perkampungan anak Langkawi di lokasi-lokasi strategik di sekitar persisir pantai dan pinggiran pusat tumpuan pelancong.

Namun atas nama pembangunan dan sedikit pampasan, orang lama di Langkawi tahu tentang kisah bagaimana mereka bagai ‘dihalau’ ke sebelah daratan pulau dan terpaksa melepaskan lokasi berharga secara ‘terpaksa’.

Orang Langkawi sebenarnya akui bahawa lokasi-lokasi strategik itu amat berpotensi untuk dibangunkan dan membawa pulangan lumayan pada masa akan datang. Namun kenapa mereka tidak dilibatkan sebagai ‘tauke’ dan terpaksa melepaskan pegangan bernilai itu?

Yang dikesali mereka, tanah-tanah bernilai tinggi itu bukan hanya terpaksa diserah pada orang dari luar Langkawi, malah difahamkan ia kebanyakkannya terpaksa dijual kepada ‘kroni-kroni’ seseorang yang bukan berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Mentang-mentanglah mereka miskin dan tiada modal, peluang mereka untuk sama-sama meraih untung di tanah sendiri bagai dinafikan? Yang mampu dilakukan hanyalah melihat puak-puak itu menjarah meraih untung di tanah asal milik mereka? Paling kuat pun, anak-anak mereka terpaksa minta kerja pada ‘tauke-tauke’ berkenaan?

Itu baru kes tanah persendirian anak Langkawi. Bagaimana pula dengan tanah milik kerajaan negeri? Khabarnya sampai kini ada yang terpaksa dibawa ke mahkamah, benarkah begitu? Apa mereka fikir tanah itu ‘bapak’ mereka yang punya?

Dia fikir orang Langkawi tersenyum manis di depannya sebelum ini menandakan mereka suka dan redha dengan ‘hasil tangan’nya? Dia perlu ingat bahawa anak-anak Langkawi takkan lupa pada sejarah. Maka tunggulah ‘sumpahan Mahsuri’ versi millenium pada PRU 14 nanti…

(Visited 22 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Jangan Sampai ‘Disumpah Mahsuri’ Nanti…

  • March 6, 2017 at 15:26
    Permalink

    Teringat dulu bila Madey hendak majukan langkawi dan promosi langkawi siap cari keturunan mahsuri …nak buang badi dan sial lah kot. Tapi sebenarnya utk mengaburi mata penduduk asal langkawi agar menjual tanah mereka digula2 dengan harga tinggi kononnya pemilik tak mampu nak bangunkan tanah tersebut tanpa modal.

    Walhalnya jika kerajaan ketika itu prihatin boleh sahaja lakukan spt penduduk kerinchi KL usahasama bersama pemaju membangunkan tanah itu

    Tapi ya lah..dasar mamak kutty mana boleh berkongsi, semua dia dan keturunan dia makan seorang sahaja

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!