‘Double Standard’: Salahuddin Ingat Rakyat Johor Bodoh?

Share

Kadang kala, kasihan pula penulis melihat para pemimpin Parti Amanah Negara (PAN). Mereka dilihat begitu bersemangat berkempen selepas mendapat jawatan tinggi dalam parti baru, namun semakin kuat berkempen, makin teruk mereka ditolak rakyat.

Mungkin menyedari reputasi mereka dipandang rendah ramai pihak di negara ini, khususnya di negeri Johor, tiba-tiba saja Timbalan Pengerusi PAN, Salahuddin Ayub mengeluarkan kenyataan menyokong titah Sultan Johor yang mahu negeri itu bersih dari amalan rasuah.

Logik akal, mana-mana pihak pun dalam dunia ini akan menyokong supaya dihapuskan amalan rasuah. Jika ditanya pada budak pengakap di sekolah pun mereka akan sokong sebarang usaha menghapuskan rasuah di mana-mana saja di negara ini.


Jadi pada pandangan penulis, kenyataan Salahuddin itu berkemungkinan besar hanyalah semata-mata bermotifkan politik. Mungkin dia mahu menjalin hubungan baik dengan Istana Johor dan memasang impian untuk menjadi Menteri Besar, bukan?

Kita semua maklum tentang titah-titah Sultan Johor sebelum ini mengenai seorang bekas pemimpin negara yang dipercayai merujuk kepada Pengerusi parti ‘cap bunga’, Tun Dr Mahathir Mohamad. Dari nada titah baginda, jelas baginda tidak senang dan murka padanya.

Persoalannya, jika benar Salahuddin ikhlas dalam menjaga hubungan dengan Istana Johor, mengapa tidak disokong titah-titah baginda tersebut? Mengapa didiamkan sahaja? Malah mengapa masih sanggup bersekongkol dengan Mahathir dalam masa yang sama?


Pada pandangan penulis, Salahuddin sedang bersikap ‘double standard’ dalam isu ini. Hanya sokong Sultan Johor dalam isu-isu terpilih dan tidak konsisten menunjukkan ketaatan kepada seorang Sultan yang menjadi kesayangan rakyat Johor itu.

Sekiranya penulis ditempat Salahuddin, jangankan duduk sepentas dengan Mahathir, malah penulis tidak akan jemput Pengerusi parti ‘cap bunga’ itu menjejak kaki ke bumi Johor. Malangnya, Salahuddin kelihatan begitu akrab sekali dengan Mahathir…

Mungkin benarlah kata rakyat Johor yang memandang Salahuddin sebagai seorang yang tidak sensetif dengan sentimen ketaatan kepada Sultan Johor. Dan di sebalik sikap ‘dwi-standard’ itu, dia sempat lagi bermuka-muka kononnya menyokong baginda?


Salahuddin jangan fikir rakyat Johor bodoh, ‘buta’, ‘pekak’ dan ‘bisu’. Jika mahu tahu langit itu tinggi atau rendah, pilihan raya umum nanti cubala bertanding di Johor. Ingatlah bahawa rakyat Johor bukan seperti rakyat Kubang Kerian. Malah mungkin kalau bertanding di Kubang Kerian pun tiada harapan lagi selepas ini. Hati-hatilah dengan orang bermuka-muka…

Leave a Reply