Litar Lumba: Dia Fikir Apa Saja Kemahuannya Boleh Dapat?

Share

Baru-baru ini penulis dengar sayup-sayup di utara sana tentang sebuah litar lumba yang direncanakan Barisan Nasional (BN) pada akujanji Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Setelah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang peruntukan RM30 juta bagi projek itu dari Kerajaan Pusat dalam kunjungan beliau di negeri utara itu, difahamkan anak-anak muda yang ternanti-nanti tentang litar lumba itu sejak 2013, kini girang gembira.

Tiba-tiba, datang pula puak ‘cap bunga’, mempertikai dari mana wang itu datang? Ditanya pula soalan-soalan yang menunjukkan kedangkalan tahap pemikirannya? Sejak-sejak bersahabat dengan Ahli Parlimen Pokok Sena, semakin merosot minda ‘cap bunga’ nampaknya…


Sudah awal-awal lagi dinyatakan, bila diumum lulus oleh Perdana Menteri, maka sudah tentulah peruntukan tersebut datangnya dari kerajaan pusat. Dia fikir kerajaan pusat tiada wang? Tidak perlu dipertikai pun sebenarnya, cuma mungkin otaknya tersumbat dengan dakyah ‘kerajaan bankrap’?

Menurut sumber dari negeri berkenaan, sememangnya dari dulu lagi kerajaan pusat sudah mahu menyalurkan dana tersebut. Namun gara-gara bekas Menteri Besarnya yang dikatakan ‘mengada-ngada’ mahukan litar lumba bertaraf ‘mega’, projek mudah itu jadi tertangguh.

Kononnya dia mahukan litar lumba bertaraf ‘internasional’, setanding dengan SIC di Sepang. Kuat benar nafsu serakahnya, mahu yang ‘mega-mega’ belaka. Apa dia fikir negeri yang antara paling rendah pendapatannya mampu menampung kos penyelanggaraannya di masa depan?


Khabarnya dia mahu bina litar lumba bernilai RM70 juta, namun kerajaan pusat hanya bersedia untuk menyalur sebahagian dari jumlah tersebut. Sementara bakinya, dia perlu khuatir sendiri dan dicadangkan supaya ambil dari hasil pembinaan sebuah hotel ‘kroni’ di sebuah pulau di sana, benarkah?

Ekoran keengganan kerajaan pusat membiaya semua kos projek RM70 juta itu, bekas MB itu ‘sentap’ dan menangguhkan projek itu hinggalah dia ‘hilang’ jawatan. Dia fikir, apa saja kemahuannya maka dia akan dapat? ‘Mengada-ngadanya bagai ‘anak bapak’, bukan?

Apakah dia sangka jika minta RM70 juta, maka kehendak dia perlu diikut? Jika benar begitu, kenapa tidak rancang buat litar lumba lebih mega bernilai RM70 bilion? Minta saja dari Kerajaan Pusat, maka semua akan diberi semudah ABC? Silap benar langkah ‘anak manja’ itu, bukan?


Apa perlunya litar lumba bertaraf 10 bintang di negeri pertanian itu? Tidak cukupkah litar SIC yang ada? Itu pun bertungkus lumus pihak pengurusan menyediakan dana menyelenggara litar antarabangsa itu. Dia nak jadikan litar lumba itu projek gajah putih yang merugikan?

Jika dilihat pada tujuan asal pembinaan litar lumba itu, ia adalah untuk kegunaan anak-anak muda di negeri berkenaan. Ia bukan untuk tujuan penganjuran antarabangsa pun. Jika terlalu elit, apakah mampu anak-anak muda di negeri itu menumpang mengasah bakat di litar tersebut?

Ukurlah baju di badan sendiri. Jika hampir tiada rambut di kepala, usahlah terlalu bermimpi untuk cuba memakai ‘pomade’ di kepala. Melekit-lekit nanti. Cubalah ikhlas dan berlaku realistik dalam melaksanakan projek untuk kepentingan rakyat.

Seperkara lagi, jika benar pun mahu laksanakan projek ‘mega’, untuk apa dilantik ‘consultant’ dari kalangan syarikat ‘kroni’, lebih-lebih lagi melibatkan darah daging sendiri. Apa kata rakyat nanti? Jabatan Kerja Raya pun tidak kurang kelayakannya untuk mengendali projek itu, bukan?

Jadi, tutup kes. Usah mengada-ngada untuk pertikai sesuatu yang mudah dilaksana, tapi gagal disempurnakan walau diberi tempoh yang cukup panjang. Namun apapun, nampaknya insiden ini membuktikan walau ada degree hebat dari luar negara, ternyata dia gagal menandingi individu yang dihina kerana hanya bersijilkan MCE. Titik.

3 thoughts on “Litar Lumba: Dia Fikir Apa Saja Kemahuannya Boleh Dapat?

  • March 5, 2017 at 22:47
    Permalink

    Bekas MB itu disaat ‘mati shahidnya’ dia di negeri nya, dia berlagak macam dia majikan pada PM. Najib perlu buat itu , buat ini. Najib perlu jawab segala apa yang disoal bapaknya. Kesalahan Najib waktu itu ialah kerana tidak memberi bapaknya segala jawapan untuk soalan2 yang diajukan.

    PM Najib selepas mendiam diri, ambil langkah terbaik dengan membuangnya dari kerusi dia. Tersentap berok dia. Katanya bukan nak jawab soalan, tapi aku dibuangnya. Lalu terbuanglah dia dari negerinya. Negeri bapak dia jugak. Jadilah dia persona non grata (manusia yang tidak dikehendaki)

    Dizaman bapaknya , hari ini dia kena tuduh esok dia jelejah keseluruh negara menerangkan betapa benarnya dia. Contohnya disatu PA Umno, Zahid Hamidi sudah sampaikan suara Anwar melalui ucapannya. Kata Zahuid, kita seharusnya menjutawan ramai bumiputrra bukan dengan membilionairekan dua tiga kerat sahaja bumiputra. Bahawasnya dia mengamal kronisma dan memperkayakan anka2nya . Sehari selepas itu keluarlah headline disemua akhbar senarai penoh syarikat orang lain dibanding kroni dia yang sikit List kroni dia cuma sedikit. Itulah contoh betapa impulsivenya bapak dia. Betapa cepat melenting, menjungkit dan beraksi.

    Kerana terbiasa, dia rasa PM perlu buat macam itu jugak, unless you are really guilty. Najib senyap, maka Najib pun gulity dimata mereka , You are guilty till proven innocence. Aneh sungguh law mereka. Law biasa pendakwa kena buktikan tertuduh bersalah dengan keluar berbagai bukti. Law mereka tertuduh kena tunjuk bukti dulu yang dia innocence.

    Reply
    • March 6, 2017 at 06:44
      Permalink

      biasalah bila dah selesa berada dibawah bayangan ayahnya selama berpolitik, dirasa dirinya kebal laksana hang tuah memiliki taming sari…

      sekali kena rodok tang rusuk berjujuran airmata menahan syahdu.

      Reply

Leave a Reply