Pembangkang pakatan ali baba

Share

KOTA KINABALU 4 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pakatan pembangkang umpama pakatan ali baba kerana mereka sehingga kini gagal bersetuju untuk memilihi siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri jika mendapat kuasa.

Perdana Menteri berkata, pembangkang sebaliknya hanya bersepekat untuk melantik siapa Timbalan Perdana Menteri yang sebelum ini dikatakan milik parti DAP.


Menurut Najib, ini bermaksud jika pembangkang memerintah, Timbalan Perdana Menteri adalah individu yang paling berkuasa kerana dia yang akan melantik siapa Perdana Menteri.




DATUK Seri Najib Tun Razak menyifatkan pakatan pembangkang umpama pakatan ali baba kerana mereka sehingga kini gagal bersetuju untuk memilihi siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri jika mendapat kuasa.- UTUSAN ONLINE/GAMBAR HIASAN

“Saya fikir di Malaysia ini pelik sikit sebab mereka hanya bersetuju siapa jadi TPM (Timbalan Perdana Menteri), yang jadi PM (Perdana Menteri) dia belum setuju lagi.


“Siapa akan jadi, Wan Azizah, Muhyiddi? Yang peliknya TPM akan lantik PM. Ini ali baba, pembangkang adalah ali baba,” katanya ketika berucap melancarkan Projek Lebuh Raya Pan Borneo di sini hari ini.



Najib berkata, Barisan Nasional (BN) sebaliknya merupakan parti yang sentiasa bersatu dan kesemua 14 komponennya bermuafakat dalam apa sahaja keputusan.-UTUSAN ONLINE



Leave a Reply