Forest City: Bidang Kuasa Tanah Adalah Di Bawah Kerajaan Negeri

Share

PENYOKONG parti bunga, Pribumi yang diasaskan Mahathir, menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penipu berhubung kenyataan beliau sebelum ini tentang hak milik sementara tanah di Forest City dengan memainkan gambar papan tanda yang bertulis “Hartanah Hak Milik Kekal”.

Macam itu saja kata Najib tipu?

Najib tipu macam mana pulak sebab Najib Perdana Menteri, bukan Menteri Besar yang berkuasa dalam soal tanah.

Pemahaman asasnya memanglah pelabur asing yang membeli tanah di Malaysia ini akan mendapat hak milik sementara (seperti yang disebutkan Najib awalnya) tapi diakhirnya, kuasa menentukan status pemilikan tanah ini adalah kuasa kerajaan negeri, bukan kerajaan persekutuan!!


Lagipun, Forest City yang dirujuk ini bukan sekadar dibangunkan untuk orang asing, orang Malaysia sendiri pun boleh memiliki mana-mana dari 700 ribu hartanah disitu dan papan tanda dalam Bahasa Melayu yang ditunjukkan dalam gambar itu sendiri adalah buktinya.  

Dimana pula salahnya menjual tanah kepada rakyat Malaysia dengan status hak milik kekal?

Takkanlah pelabur China atau pelabur asing faham Bahasa Melayu kot, apalah bodohnya penyokong Mahathir ni?  Sudah tentu ada peraturan tersendiri dalam soal melibatkan hakmilik hartanah oleh warganegara asing tapi orang Malaysia sendiri memang boleh membeli hartanah di Forest City dan mendapat hak milik kekal – maka itulah papan tanda dengan penyataan itu wujud.


Untuk orang dari Malaysia membacanya.

Yang ramai keliru ni kerana Mahathir awal-awal dah menuduh Forest City ini semata-mata nak dijual kepada pelabur dari China – mana ada betulnya kenyataan tu?  Ramai orang kaya di Malaysia ini atau dari tempat lain yang mampu membeli hartanah di kawasan tersebut tak semestinya orang dari China saja.

Maka tak hairan motif Mahathir dan penyokongnya membangkitkan perkara ini menjadi persoalan ramai, seolah-olah cuba mempertikai hak Sultan dan negeri Johor dalam soal status pemilikan tanah.


Sepatutnya Mahathir merujuk perkara ini kepada kerajaan Johor seperti mana yang dilakukan Presiden partinya, Muhyiddin Yassin yang dalam kenyataan medianya bertarikh 18 Januari 2017 mengakui bahawa secara dasarnya memang orang asing yang memiliki hartanah di negara ini akan diberi status pemilikan sementara dan mahu kerajaan Johor menjelaskan sama ada dasar itu telah diubah dalam soal pemilikan asing di Forest City?

Nak salahkan Najib kenapa?

6 thoughts on “Forest City: Bidang Kuasa Tanah Adalah Di Bawah Kerajaan Negeri

  • March 5, 2017 at 09:06
    Permalink

    Seronok sungguh mereka itu kejar dunia. Rumah, bangunan, pangkat, kedudukan , duit, tanah… patut dicari, dikejar dan diburu pada satu tahap usia manusia. Bukan seluruh usia itu semua perlu dikejar penuh tekun akan benda2 itu .

    Mana kubur, mana akhirat , mana bekal untuk kesitu ??

    Tidak takut dilaknati ? Tidak takut azab Allah?. Masakan tidak belajar, diajar dan tidak tahu akan azab Allah dan apa yang dituntut oleh Allah.

    Wallahualam.

    Reply
    • March 5, 2017 at 10:20
      Permalink

      ini bukan soal kejar dunia…ini soal bagaimana nak mematah kan fitnah fitnah manusia pengikut dajal laknatullah…sebelum dajal muncul, para pengikutnya dah bertubi tubi melancarkan serangan fitnah….
      fitnah fitnah ni pun dah kira macam azab Allah kepada hambanya juga…

      Reply
  • March 5, 2017 at 19:01
    Permalink

    M bukan saja tidak miliki impak secara keseluruhan, malah M tidak mempunyai impak di negeri dia sendiri. Kebanyakan rakyat Kedah naik hot dengan M kerana M dipercayai penyebab anaknya di gugur dari parti lalu bertukarnya MB kedah.

    Rakyat Kedah naik pelik tengok seorang tua yang hidupnya semata2 untuk dunia. Matlamatnya cuma kuasa tiada yang lain. Bolehlah kita katakan M orang jahat, sejahat Chin Peng yang memberiontak untuk berkuasa dengan menjatuhkan sebuah kerajaan yang dipilih rakyat.

    Apakah beza antara mereka . Kita tak nampal apa2 beza antara M dan Chin Peng.

    Reply
  • March 6, 2017 at 21:17
    Permalink

    Dalam laman web Forrest city dalam bahasa English dan Cina, tiada bahasa Malaysia, dinyatakan bahawa ini kawasan freehold .http://www.forestcitycgpv.com/en/garden.aspx

    saya tidak fikir pemaju akan berani bubuh ayat itu untuk tarik pembeli sebab ianya libatkan implikasi undang-undang kontrak.

    Reply
  • March 7, 2017 at 08:35
    Permalink

    Forest City org JB tahu..sbb itu yg melatah dgn Tun x faham dan buat buat x faham..dan kebayakkan bukan org JB. Klu JB pun umur 50++

    Reply

Leave a Reply