Tipikal DAP: Sikit-Sikit “Terima” Peluru, Sikit-Sikit Diugut Bunuh

Share

Bosan, dan meluat apabila kita acapkali disajikan dengan kisah-kisah yang “meruntun” simpati, seolah-olah mereka adalah golongan teraniaya. Walhal, segalanya adalah satu cara untuk menutup samada tindakan provokatif mereka, atau cubaan untuk mengalihkan isu perihal kegagalan mereka sendiri.

Begitulah apa yang penulis rasakan, tatkala membaca luahan hari Presiden Penang FA, yang mendakwa wujud ancaman bunuh ke atas dirinya berikutan prestasi skuad Harimau Kumbang yang terumbang ambing ketika ini.

Tidaklah bertujuan untuk memperlekehkan skuad berkenaan, tetapi pasukan-pasukan yang jauh lebih gah tradisinya dari mereka seperti Selangor, Pahang dan Kedah, tidak pernah pula kita mendengar kisah-kisah ugutan sedemikian. Adalah sesuatu yang normal untuk kita melihat dan mendengar berlakunya protes di kalangan peminat jika pengurusan gagal merealisasikan harapan peminat. Kutukan dan kritikan didendangkan di stadium juga satu perkara biasa. Kain rentang protes? Biasa!


Artikel ini bukan untuk menghina skuad Harimau Kumbang. Sebagai peminat bolasepak, penulis juga tahu perasaan anda semua ketika melihat prestasi hambar pasukan kesayangan. Namun, kenyataan ugutan bunuh yang diberikan oleh Presiden Penang FA rasanya sangat tidak masuk akal.

Kalau pun ingin menutup kegagalannya mengurus pasukan, tidak perlu lah menggunakan modus operandi DAP sebagai pendekatan utama. Mungkin juga cara ini sudah sebati dengan dirinya. Almaklum sahajalah, sudah terbiasa dengan cara tersebut, jadi, “DNA” itu sudah meresapi dirinya.

Selalunya begitulah cara DAP untuk menutup sebarang ketidakupayaan atau provokatif mereka, iaitu dengan menarik simpati ramai. Cat merah, bom petrol, peluru dan ugutan bunuh dijadikan modal untuk berbuat demikian. Sekaligus, mereka cuba pula meletakkan sikap melampau dan ganas kepada pihak ketiga.


Bosan lah dengan “game” seperti ini. Apa kata DAP guna cara lain pula untuk menutup kegagalan mereka? Penulis sekadar mencadangkan sahaja, dan terpulang kepada mereka untuk memikirkannya.

Mungkin mereka boleh mula dengan strategi untuk mengalihkan isu berhubung skandal banglo tanpa “swimming pool” Lim Guan Eng.

2 thoughts on “Tipikal DAP: Sikit-Sikit “Terima” Peluru, Sikit-Sikit Diugut Bunuh

  • March 3, 2017 at 18:58
    Permalink

    bukan bosan sahaja malah boleh membuat orang menyampah tahap dewa melihat sandiwara murahan & meloyakan musibat2 anak haram pembangkang ini cuba meraih simpati untuk mengalih perhatian & menutup ketidakupayaan/kegagalan/kelemahan/kesalahan diri mereka dengan merekayasa cerita kononnya mereka menerima ugutan itu & ini

    asyik2 bila terima ugutan mesti ada peluru…kucing aku kata alang2 kasi peluru keanpa tak lain kali kasi tembak sekali? bila aku tanya kalau mampus kena tembak macam mana?, kucing aku jawab kata baru betul polis nak teruja & thrill polis buat siasatan

    teringat fasal maria chin(pengerusi BERSHIT) terima ugutan, dia kata depan wartawan dia tahu dalam kotak kecil yang dia terima(sebagai ugutan) & pegang itu ialah peluru…nampak tak betapa murahan & meloyakan sandiwara mereka?

    misal kata kalau si zairil atau sesiapa sahaja orang DAP kena tembak & mampus, aku tak akan terus beri simpati terlebih dahulu…sebabnya ialah orang DAP ini sepertimana ramai orang tahu biasa berkawan dengan kumpulan kongsi gelap…tiada kaitan dengan politik kalau ada yang kena tembak & mampus

    Reply

Leave a Reply