SPRM Jangan Main Politik Dalam Soal Keadilan

Share

Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat kenyataan yang pantas dan cenderung ke arah berniat jahat membabitkan satu laporan polis ke atas Presiden Yayasan Persahabatan Malaysia (PERMAI), Tan Sri Annuar Musa, sangat tidak profesional dan tampak bermotifkan politik.

Laporan Polis yang dibuat oleh Mohd Aizli Shahar Abdul Malek Shahar pada 27 Februari 2016 adalah terhadap Annuar Musa sebagai Presiden Permai.

Dua hari kemudian SPRM mengeluarkan kenyataan akhbar akan membuka kertas siasatan ke atas seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Oleh kerana SPRM tidak menamakan individu terbabit, maka semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO telah terpalit dengan dakwaan tersebut sehinggalah Annuar sendiri membuat kenyataan beliau merupakan individu yang disebut oleh SPRM.


Adalah sangat misteri apabila SPRM tidak menamakan Annuar sebagai pemimpin PERMAI tetapi merujuk kepada UMNO? Apa kena mengena jawatan Ahli MT UMNO dengan siasatan SPRM? Laporan polis tersebut sendiri tidak menyatakan kedudukan Annuar sebagai ahli MT UMNO. Malahan tuduhan penyelewengan pun tidak membabitkan UMNO, namun SPRM mengambil satu keputusan politik untuk mengaitkan UMNO dalam kenyataan akhbar mereka.

Lebih misteri, ia hanya satu laporan Polis yang tidak menjadi isu nasional pun, namun SPRM dengan pantas membuat kenyataan akhbar membuka kertas siasatan.

SPRM harus bekerja menegakkan keadilan bukan mengejar populariti dan memperkasakan imej agensi. Ia adalah dua perkara yang berbeza.-MYKMU.NET


Leave a Reply