Sebelum Orang Kerinchi, Dah Ramai Kena Tipu Hidup-Hidup Dek Pakatan

Share

BILA dikatakan Pakatan yang diketuai DAP dan dikudai Mahathir ini menyusahkan rakyat, lebih banyak dari membantu rakyat – kenyataan itu adalah betul.  Dalam soal 34 penduduk Kg Kerinchi bertindak menyaman kerajaan akibat termakan hasutan Pakatan, sehingga terlepas peluang memiliki rumah yang lebih selesa bila saman mereka ditolak Mahkamah baru-baru ini, kejadian itu bukanlah kali pertama sebenarnya.

577 peneroka Felda terlebih dahulu dah kena kencing dek Pakatan, spesifiknya oleh puak-puak asal PAS yang kini membentuk PAN.  577 ini pun jadi bodoh dek Pakatan sampai tergamak menyaman Felda kerana tuduhan penyelewengan dan pecah amanah hasil sawit mereka.

Tindakan ini turut didorong dengan harapan yang diberi Pakatan kononnya peneroka terbabit akan mendapat wang yang lebih banyak hasil bayaran ganti rugi kalau kes itu berjaya.


Penyudahnya, satu sen pun tak merasa bila diputuskan Mahkamah mereka kalah.  Jangan kata itu (dapat duit lebih banyak), hilang duit pulak lagi bila diarah Mahkamah agar peneroka ini membayar Felda pampasan sebanyak RM 300,000.

 

Itu belum campur 3,954 pendeposit Tabung Haji yang menutup akaun sehingga ada yang terlepas peluang menunaikan ibadah haji kerana termakan hasutan ahli nujum Pakatan, Pak Sotong Rafizi yang meramalkan kononnya Tabung Haji akan bankrap kerana pelaburan syarikat itu dalam 1MDB.

Menariknya, ketika 3,954 bekas pendeposit ini berlumba-lumba keluar simpanan kerana termakan hasutan, Pak Sotong sendiri mengekalkan beratus ribu deposit dalam akaunnya dan bila dividen diumumkan, dia pun melahap untungnya.  Celik-celik 3,954 ini kena kelentong.


Wah!!  Campur campur, ramai jugak yang kena tipu hidup-hidup dek Pakatan ni ya.  Tapi itulah orang kita, suka sangat memperjudikan nasib dengan skim cepat kaya yang Pakatan tawarkan, penyudahnya, yang dikejar tak dapat, yang dikendong pulak berciciran.

2 thoughts on “Sebelum Orang Kerinchi, Dah Ramai Kena Tipu Hidup-Hidup Dek Pakatan

  • March 2, 2017 at 22:46
    Permalink

    kenapalah takde seekor pun lembu2 yang kena kelentong itu tunjukkan marah & berani beri pelempang pada para penghasut berkenaan…setakat beri pelempang apalah sangat bukannya nak suruh terkup muka para penghasut berkenaan dengan kain dicurah VX nerve agent

    Reply
  • March 2, 2017 at 22:49
    Permalink

    REsmi orang kita terlalu teruja dengar benda2 yang hebat bunyinya. Bila dengar cerita Felda akan bankrap, TH hikang duit kerana salah melabur…. tak mampu bayar dividen dan duit pendeposit bakal lesap…. semua ini cerita hebat.

    Itu antara cerita yang telah ditelan mentah2 oleh segelintir rakyat. Tapi percayalah manusia yang kena tipu tak akan serik2. Hijab mereka ditutup sehingga mereka tidak mengenal cerita betul atau dengeng karut.

    Reply

Leave a Reply