Petronas: Najib Bawa Masuk Wang, Mahathir Menghabiskan Wang

Share

SUDAH menjadi rahsia umum, sepanjang Mahathir jadi Perdana Menteri, Petronas ni dah macam personal wallet dia.  Nak cover kerugian BMF, guna duit Petronas, nak cover kerugian syarikat kapal anak, guna duit Petronas, buat SICC guna duit Petronas dan sebagainya.

Itu yang tahu, yang tak tahu, tak berani nak memandai-mandai.

Tak payah jadi Menteri Minyak, Menteri Ekonomi atau Menteri Kewangan pun tapi semua orang tahu bahawa Petronas memang melapor terus kepada dia.  Tak tahu dah berapa banyak duit Petronas dibelanja untuk tujuan lain dari minyak sepanjang Mahathir jadi Perdana Menteri.

Nasib baik nak cover kerugian Bank Negara dalam perjudian Forex sebanyak RM 30 billion, tak guna duit Petronas, tak cukup agaknya, kalau tak, itupun dibalun juga.  Begitupun. entahlah, siasatan baru nak jalan, task force baru ditubuhkan.  Mungkin ada pendedahan yang akan mengejutkan kita semua.

Apa pun, pokok pangkalnya nak sebut disini, berdasarkan semua di atasnya, kelihatannya Petronas ni ‘jadi mangsa’ sajalah sepanjang Mahathir memerintah.

Datuk Sri Najib Tun Razak bagaimana membawa sinar baru kepada Petronas.  Rasionalisasi subsidi, pengenalan GST dan terbaru, kemasukan pelaburan dari Arab Saudi sebanyak RM 31 billion  yang dimuktamadkan semalam telah sedikit sebanyak mengurangkan beban syarikat tersebut.  Negara telah mempelbagaikan pendapatan dan tidak lagi bergantung majoritinya kepada hasil minyak.

Bolehlah Petronas bernafas sikit dan menumpu kepada menambah hasil sedia ada.  Taklah semuanya Petronas lagi dah, sikit-sikit Petronas, macam harga minyak di dunia ini tidak ada naik dan turunnya,

 

3 thoughts on “Petronas: Najib Bawa Masuk Wang, Mahathir Menghabiskan Wang

  • March 1, 2017 at 21:33
    Permalink

    Sekian lama kita tunggu hasil dari missi selamatkan Malaysia yang digerakkan oleh M serta konco2nya, hingga ke hari ini kita tidak nampak apa2 lagi walau sedikit. Negara yang didakwa tidak selamat dan perlu diselamatkan, masih aman tenteram dan baru saja menerima delegasi besar seramai 600 orang dari Saudi Arabia.

    Yang jelas perakuan dan tindak tanduk M cukup menggugatkan ketenteraman rakyat sejagat .

    Reply

Leave a Reply