Residensi Kerinchi: Siapa “Resident Evil” Yang Menghasut 35 Orang Penduduk?

Tersergam indah, sekaligus menghapuskan pemandangan “kurang selesa untuk dinikmati oleh mata” yang selama ini sering dilihat di Kampung Kerinchi. Tanyalah mereka yang membesar di situ, maka anda akan tahu keadaan ketika itu. Flat Empat Tingkat di Kampung Kerinchi menjadi saksi, sukar, amat sukar. Kini, transformasi yang dibawa menyaksikan flat empat tingkat itu berubah menjadi apartment moden di Residensi Kerinchi, satu lagi inisiatif dari kerajaan Barisan Nasional, yang sentiasa meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan.

Kisah Residensi Kerinchi tidaklah semudah yang dijangka kerana ia pernah menjadi perhatian seluruh negara, akibat dari permainan politik sempit oleh pihak-pihak tertentu yang cuba untuk mempolitikkan projek kediaman tersebut. Penulis masih ingat, bagaimana satu susuk tubuh yang tiada kena mengena dengan Kampung Kerinchi ketika itu datang dan cuba menjadi hero kononnya, lantas sekepal penumbuk singgah di kepala.

Begitulah tegangnya, begitulah azam dan kemahuan majoriti penduduk yang mahu kediaman mereka dinaiktaraf sekian lama. Kes berlarutan ke mahkamah gara-gara 35 orang penduduk yang termakan dakyah pembangkang. Akhirnya, pada awal Januari 2012, mahkamah telah memutuskan mereka yang tidak bersetuju dengan projek pembangunan Kampung Kerinchi layak menerima pampasan kira-kira RM73 ribu bagi setiap unit dan perlu mengosongkan kediaman mereka 14 hari selepas menerima pampasan.

Terima pampasan sudah, rumah baru bagaimana? Akhirnya, kerajaan persekutuan yang prihatin, lantas menawarkan  kemudahan menyewa PPR di bawah kelolaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di PPR Muhibbah, Bukit Jalil. Sudahlah mengheret kes ini ke mahkamah, pihak yang diheret dan terpaksa membayar pampasan, sudi pula menghulurkan bantuan. Tiada kesipuankah? Di mana pula “resident evil” yang beriya-iya menghasut 35 orang penduduk itu untuk menentang pembangunan Residensi Kerinchi?

Kini, mereka yang bersetuju dengan pelan pembangunan semula Kampung Kerinchi menikmati kediaman yang sangat selesa. Penantian bertahun lamanya, menyelusuri pelbagai dugaan, akhirnya berbaloi dengan kesabaran, dan ketabahan.

RM73 ribu untuk satu unit sebagai pampasan, sedangkan satu unit rumah di Residensi Kerinchi kini dianggarkan sekitar RM400 ribu. Sebanyak 472 keluarga dapat menikmati kediaman yang selesa, sementara 35 lagi entah ke mana. Menangis tidak berlagu barangkali, gara-gara percaya kepada “resident evil of Residensi Kerinchi”.

Cuba selidiki, bagaimana pula bentuk kediaman “resident evil”?

2 thoughts on “Residensi Kerinchi: Siapa “Resident Evil” Yang Menghasut 35 Orang Penduduk?

  • February 28, 2017 at 7:49 PM
    Permalink

    Memang tak guna langsung pun pembangkang malaysia ni . tapi heran , ramai betul penyokong dia kat dalam media sosial . tahniah saya ucapkan kpd penghuni2 residensi kerinchi . perjuangan anda semua berbaloi demi masa depan keluarga dan kelangsungan hidup generasi kalian . buat 35 org yg gagal itu , sesal dahulu pendapat , sesal kemudian tiada berguna lagi .

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.