Usah Meroyan, Suruhlah Anak-Anak Beli Proton…

Share

Bagi mereka yang memahami hati orang tua-tua, maka mereka akan dapati hati mereka-mereka ini bagi mudah tersentuh. Begitu sensitif dan mudah tersinggung apabila kemahuannya tidak dipenuhi. Apatah lagi dia dulu seorang yang jenis selalu dapat apa saja yang dia mahu, maka lebih sensitiflah jadinya.

Mungkin kerana itu salah seorang warga paling emas di negara kita sedang meroyan-royan bagai budak kecil tak dapat susu. Hendak harapkan anak-anak hendak menjaga hatinya, masing-masing sibuk dengan karier dan kepentingan politik. Malah ada yang masih mengharap ‘aura’nya untuk naik…

Kadang kala, ada di kalangan warga emas yang begitu mementingkan suatu yang dia pernah hasilkan dari idea dan tangannya. Sebagai contoh, jika dia pernah membina rumah, maka rumah itu akan memberikan nilai sentimental yang sangat tinggi padanya.


Dia akan bantah sekeras-kerasnya jika anaknya mahu jual rumah tersebut. Dia sanggup bergadai bergolok demi rumah itu. Jika ada orang luar yang cuba ganggu gugat rumahnya, sanggup dia gunakan kudrat tua berparang bercangkul mempertahan rumahnya itu.

Tapi itu rumah, harta peribadi. Proton tidak begitu. Proton asalnya sebuah GLC yang dimanjakan kerajaan di zaman warga emas itu. Kalau rugi, maka akan diberi peruntukan. Jika rugi lagi, akan ‘dibail out’. Jika kurang wang, kerajaan akan suntik…

Tapi itu dulu. Ketika mana Proton bertaraf GLC. Tapi kini tidak lagi. Proton sudah milik orang persendirian. Ia bagaikan rumah yang telah bertukar milik sama ada kepada Ah Kuok, Din atau Krishnan. Bukan lagi syarikat perusahaan awam.


Jadi, terpulanglah kepada pemilik Proton untuk jual kepada siapa yang dia suka. Sama ada legasi siapa pun sekali, itu tidak lagi menjadi soal kerana tuan empunya legasi itu pun tidak memiliki Proton pun. Proton ditubuhkan dulu pun bukan pakai duit pemilik legasi, bukan?

Bila harta tersebut melibatkan sebuah syarikat, maka ia tidak dapat lari daripada unsur perniagaan. Bila menyebut perniagaan, maka adalah untung dan rugi. Paling penting, sama ada syarikat itu mendatangkan keuntungan kepada pemilik atau tidak.

Sebagai contoh, jika sebuah syarikat itu milik En Mokh, apakah dia akan tetap meneruskan operasi jika dia tahu syarikat itu sudah bertahun mencatat kerugian, kurang daya saing dan tidak memberikan faedah yang dia jangkakan?


Jika En Mokh mahu lepaskan syarikat itu dan dijual kepada sesiapa yang dia suka, siapa pun tak boleh menghalang kerana itu hak dia. Dari sudut perundangan, maka ia merupakan satu transaksi yang sah, walaupun syarikat yang hendak dia jual itu melibatkan sebuah muzium. Jika muzium itu miliknya, maka dia berhak jual.

Berbalik kepada kegusaran dan keroyanan warga emas tadi, penulis harap dia banyakkan bersabar. Tak usahlah dedah keadaan akal yang makin berkarat dengan merepek yang bukan-bukan tentang penjajah atau apa sekali pun. Penulis yakin ia tidak akan mampu mengubah keadaan.

Cuma, penulis menyarankan agar supaya warga emas itu memaksa salah seorang anaknya yang paling kaya raya untuk bersaing membeli majoriti saham Proton dengan syarikat-syarikat pembida lain. Lagi pun, pemegang saham majoriti sekarang pun bukankah ‘kawan karib’?

Jika anak warga emas itu kurang mampu, paksa anak-anak yang lain ‘top-up’ dan bantu. Jika tidak percaya antara satu sama lain, tubuhkan konsortium ‘anak-anak warga emas’ itu dan beli semua saham Proton. Jadi Proton akan jadi hak milik warga emas itu, bukan?

Selepas Proton jadi hak milik warga emas itu, nak buat apapun, buatlah. Nak bakar kilang Proton itu atau hendak paksa juruteranya buat kapal terbang jumbo super private jet pun boleh. Jika hendak bawa masuk kubur pun boleh. Asalkan jangan meroyan, sudah….

4 thoughts on “Usah Meroyan, Suruhlah Anak-Anak Beli Proton…

  • March 1, 2017 at 08:23
    Permalink

    Hukum Allah memang sudah jelas. Kata Allah jika kau kejar dunia, kau pasti kecewa. Kejarlah akhirat kerana akhirat menjanjikan keberkatan yang kekal.

    Bagi seaorang pencen itu kita lihat semua perkara paling belakang padanya mutakhir ini . Segala usahanya tidak menjadi malah bertukar jadi keputusan yang mengecewakan dia dan meruntuh hatinya. Dia masih diberi sedikit, malangnya dia tidak sedar. Dia masih miliki sekerat dua manusia yang masih mahu mendengar bebelan dia. Dia masih ada sekerat dua yang boleh dia anggap pengikut. Tapi semua itu boleh juga bertukar menjadi sebaliknya dalam sekelip mata.

    SEdar2 semua orang benci padanya, menyampah dengar suaranya, jemu tengok mukanya. Ini boleh berlaku… apa alasan situasi ini tidak akan berlaku ???

    Reply
  • March 1, 2017 at 09:23
    Permalink

    jahatnya madey apabila menghasut rakyat membenci kerajaan kerana tak menolong proton, walhal proton bkn lagi bawah kawalan kerajaan tapi Drb hicok milik kroni madey sendiri.

    Reply
  • August 14, 2017 at 00:36
    Permalink

    Madey meroyan sebab dah tak ada lagi peroleh keuntungan peribadi terhadap PROTON……..kerana dah dijual pada pihak asing….dah jadi milik asing…tak ada can lagi Madey nak pelekoh semua keuntungan PROTON macam semasa dia jadi PM dulu…..

    Kesian Madey macam Luncai terjun dengan labunya ke dalam sungai….rugi…rugi aku la ni noo…..!!!!

    Reply

Leave a Reply