RM 30 Billion Lesap Zaman Mahathir, RM 30 Billion Masuk Zaman Najib

Share

KEGILAAN Mahathir menukar semua bentuk pelaburan di negara ini kepada hutang, mula memakan dirinya sendiri bila hari ini  (semalam) syarikat minyak Aramco milik Arab Saudi melabur sebanyak USD 7 Billion atau RM 31 billion dalam projek Rapid Petronas di Pengerang Johor.

Masa dengan China, semua pelaburan pun jadi hutang, mentang-mentang China adalah negara Komunis – senang sajalah sentimen itu menangkap. Sekarang dengan Arab, takkan hutang jugak, Arab bukan negara komunis pun tapi negara kuasa besar dalam dunia Islam.

Tak tidur malam Mahathir hari ini, memikir apa nak dicakap kepada orang yang bertanya nanti.


Pulak tu, besar jumlahnya, USD 7 Billion atau RM 30 billion.  Pandai pulak Najib pilih angka yang sesuai, maklum sajalah, zaman Mahathir lesap RM 30 billion, zaman beliau masuk RM 30 billion pulak.  Situ saja rakyat akan nampak siapa yang melesapkan wang rakyat dan siapa yang membawa untung untuk rakyat.

Apapun, USD 7 Billion yang masuk hari ini, tidak ada bezanya dengan RM 144 billion pelaburan yang dibawa masuk dari China oleh Najib tahun lepas – semua ini pelaburan.  Malah, ia sama dengan pelaburan yang Mahathir bawa masuk dari Jepun dan pelbagai negara lain semasa dia jadi Perdana Menteri dulu, itu juga bendanya.

Tapi kesumat Mahathir punya pasal, pelaburan dah tukar jadi hutang, pelaburan dah tukar jadi menjual kedaulatan.


Dalam masa yang sama, untunglah kepada kelompok yang sentiasa memberi sokongan kuat kepada BN.  Merekalah yang akan mendapat habuan paling besar dari pelaburan ini.  Bagi yang tak menyokong tu, boleh terus bergantung kepada harapan sajalah.

Leave a Reply