PAS Antara RM90 Juta Vs. Jenayah Liwat I dan II…

Share
Agak terkesima pula membaca luahan hati PAS yang kecewa terhadap PKR gara-gara para pemimpinnya yang percaya pada dakwaan Adun Salor, Dato’ Husam Musa, berhubung tuduhan PAS menerima dana sebanyak RM90 juta dari UMNO.

PAS kata, pihaknya mengambil pendirian tidak percaya pada kes melibatkan Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang disabit dengan aktiviti meliwat sebanyak dua kali di mahkamah sebelum ini.

Namun PAS kesal kerana PKR begitu mudah percaya pada tuduhan Husam tentang RM90 juta itu meskipun tiada sebarang dakwaan rasmi dan mahkamah langsung tidak menjatuhkan apa-apa keputusan mengenainya.

Merujuk pada pendirian PAS berkenaan kes Anwar itu, penulis hormati pandangan mereka. Mungkin mereka berpegang pada konsep yang mengatakan ‘perakam video itu hanyalah besi’ dan sabitan mahkamah tersebut mungkin terkhilaf ekoran ia adalah keputusan manusia.


Walaupun tidak menerima keputusan mahkamah itu dianggap sebagai ‘menghina mahkamah’, penulis maafkan PAS kerana itu hak mereka untuk percaya atau tidak. Namun agak musykil pula bagaimana air mani Anwar yang sepatutnya hanya milik Wan Azizah tiba-tiba boleh jatuh ke tangan Saiful Bukhari dan beberapa ‘mangsa’ lagi, bukan?

Namun begitu, PAS juga harus hormati pada hak PKR untuk percaya pada Husam. Mungkin percaya mereka itu adalah bersandarkan kepada pendirian politik yang ‘menghalalkan cara’. Sama ada betul atau tidak, asalkan menguntungkan PKR, apa salahnya untuk mereka percaya, bukan?

PAS harus sedar bahawa itulah konsep politik yang dibawa PKR sejak dari dulu. Walau diberikan hak untuk diwakili peguam-peguam terhandal di nusantara ini. Walau kes dibicarakan secara teliti dan ‘super-mikro’ kira-kira lebih 7 tahun dan jenayah Anwar terbukti di mahkamah secara ‘beyong reasonable doubt’, puak PKR tidak percaya juga, bukan?


Pada pandangan penulis, sekiranya PAS ingin tahu sama ada Anwar benar-benar meliwat atau tidak, PAS boleh bertanyakan pada Pengerusi parti ‘cap bunga’ sementara dia masih mampu menghela nafas dan bernyawa.

Meskipun sejak akhir-akhir ini dia sering diserang ‘penyakit lupa’ yang agak teruk, penulis yakin bahawa dia sudah tentu masih ingat peristiwa-peristiwa besar yang pernah mengancam kedudukan politiknya suatu masa dahulu.

Cuba tanya Pengerusi parti ‘cap bunga’ itu sama ada Anwar benar-benar meliwat atau tidak. Bukan apa. Dulu, dia memecat Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan semua jawatan dalam kerajaan serta di dalam UMNO adalah berdasarkan pada tuduhan tidak bermoral itu.


Malah dia berkali-kali menegaskan bahawa bekas Timbalannya itu mempunyai masalah moral yang teruk dan sama sekali tidak boleh diterima untuk dijadikan pemimpin. Bukan sekadar itu saja, malah Anwar dimalukan seluruh negara gara-gara perlakuan ‘luar tabii’ tersebut.

PAS lupa apa yang pernah dia lakukan pada Anwar dulu? Wajarnya kesempatan ini PAS guna untuk bertanyakan soalan tersebut. Manalah tahu jika dia masih ingat lagi tentang insiden tersebut, bukan?

Lepas dapat jawapan nanti, jangan lupa beritahu orang PAS tentang kejadian ‘sebenar’. Harap jangan sampai terangkat serban PAS mendengar jawapan dari Pengerusi parti ‘cap bunga’. Dan berhati-hatilah, kerana dia sememangnya sangat berkemampuan berikan jawapan berbentuk ‘U-turn’!

Leave a Reply