Mengapa Mahfuz Menyepi, Kenapa Menghilang?

Share

Sejak dua tiga hari ini, Ahli Parlimen Pokok Sena diam saja seribu bahasa. Sedangkan, dalam tempoh itulah dia dihentam teruk oleh pucuk pimpinan PAS dan PAS Kawasannya sendiri. Entah mengapa, dia hanya membisu seribu bahasa.

Selalunya, dia lebih suka dihentam begitu. Lebih kuat dihentam, lebih kuat dia melawan. Apatah lagi selama ini dia begitu galak dan giat membidas kepimpinan PAS. Pantang ada isu, cepat saja dia menyindir pedas PAS…

Namun hingga kini dia menyepi. Penulis tidak rindu padanya. Sama ada dia ada atau tidak, hari-hari penulis tetap sama tidak terganggu. Tapi merujuk pada perkembangan Mahfuz ini, penulis agak rasa pelik kerana ia agak berlawanan dengan sifatnya sebelum ini.


Adakah dia sedang menjalankan solat istikharah untuk tiga hari berturut-turut? Dia sedang mencari jawapan dan keputusan bagi perkembangan kariernya sebagai ahli politik? Atau dia ‘sentap’ akibat ‘dihalau’ keluar parti oleh akar umbinya sendiri?

Mungkin selama ini Mahfuz fikir orang PAS di Pokok Sena suka padanya. Dan tiba-tiba, mereka sanggup membuat sidang media khas untuk memberi kenyataan menghentam dan menghalau dia keluar dari parti? Mungkinkah itu satu tamparan hebat pada Mahfuz?

Pada pandangan penulis, senario Mahfuz itu lebih kurang sama dengan apa yang pernah dialami oleh Dato’ Seri Mukhriz Mahathir yang dia pergunakan sejak kebelakangan ini.


Mukhriz sebelum ini juga rasa dia hebat. Dia seolah-olah menyangka semua orang di Kedah suka padanya. Pantang jumpa orang, selfie saja kerjanya menjual muka. Sama ada di dalam kerajaan negeri mahupun di dalam organisasi UMNO Kedah, itu saja kerjanya…

Dia mungkin tidak menyangka bahawa ramai orang dibawahnya di dalam kerajaan negeri tertekan dengan sikap dan corak pentadbirannya. Sepatutnya dia mengamalkan parti yang memerintah kerajaan, tapi sebaliknya dia buat macam kerajaan itu dia sendiri yang punya?

Dia mungkin tidak sedar tentang kemungkinan bukan saja barisan Exco, malah Adun-Adun BN dan pembangkang, serta pegawai-pegawai kerajaan negeri pun tertekan dengan sikapnya yang lebih mengikut nasihat orang-orang kanan lantikannya berbanding mereka yang lebih berkredibiliti.


Malah ramai rakan-rakan penulis di utara mendakwa Mukhriz bersikap lepas tangan dalam semua aspek bidang politik UMNO di Kedah. Boleh dikatakan hampir tiada sebarang kemajuan atau gerakan di UMNO Negeri selama dia mentadbir?

Jika benarlah tentang apa yang diperkata oleh mereka, maka tidak hairanlah dia dipaksa turun oleh majoriti pemimpin negeri dan hampir semua pemimpin UMNO di Kedah. Nasi sudah menjadi bubur, walau Mukhriz tidak mengaku silapnya, namun mungkin itulah antara faktor penyebab dia tersingkir, bukan?

Mahfuz pula harus melihat dari sudut dirinya sendiri. Muhasabah diri dan suluh batang tubuh itu sama ada diri menunaikan amanah rakyat dan parti yang diwakili atau tidak. Berdiri depan cermin dan cerminlah diri selama mungkin.

Berlaku jujurlah pada hati sendiri, dan kemudian simpulkan tentang apa yang berlaku terhadap diri sendiri. Mengapa pucuk pimpinan buat begitu, dan mengapa pula PAS Pokok Sena bagai langsung hilang hormat pada lelaki yang mereka undi pada PRU ke-13 yang lalu.

Penulis bukan apa. Mahfuz berbangsa Melayu dan beragama Islam. Penulis pun sama sebangsa dan seagama dengan Mahfuz juga. Cuma, penulis harap agar tidak terlintas di hati Mahfuz untuk membuat suatu yang bodoh…

Sebelum ini, ada beberapa kes individu tertekan yang melakukan sesuatu yang bodoh, bukan? Kita pun tahu tahap pemikiran Ahli Parlimen Pokok Sena itu berdasarkan kenyataan-kenyataan dia sebelum ini. Kalau dia terjun jambatan Pulau Pinang, haru..!!!

2 thoughts on “Mengapa Mahfuz Menyepi, Kenapa Menghilang?

  • March 1, 2017 at 11:32
    Permalink

    Biasa la..Lalang memang macam tu..Memang nampak gaya Mahfusfis ni dah tak berkenan dengan dasar2 Pas sejak akhir2 ini..tapi apakan daya, selama ni dia dapat menggemukkan diri dalam Pas. Dalam hati agaknya kalau boleh nak keluar Pas cepat2 dan join parti bunga ke Pan ke. Cuma parti bunga dan yang seangkatan dgnnya tu tak nampak lagi masa depannya atau hancus terus lepas PRU 14. Itu semua bukan apa2..sekadar nak jaga periuk nasik aje.

    Reply

Leave a Reply