Kuota Haji Meningkat Bermakna Subsidi Juga Meningkat. Tak Bersyukur Lagi?

Share

Pada 2013, kerajaan pernah dikecam hebat gara-gara kuota haji dikurangkan 20% untuk tahun 1434 Hijrah. Sungguh pun wujud pihak-pihak yang cuba memanipulasinya sebagai satu kegagalan kerajaan, ternyata pihak tersebut hanya mempamerkan kebodohan sendiri apabila pengurangan tersebut adalah atas arahan kerajaan Arab Saudi, berikutan perlaksanan projek mega di Masjidil Haram yang mengakibatkan ruang ibadah yang terhad.

Perdana Menteri, DS Najib Razak sekali lagi membuktikan betapa hubungan akrab antara Malaysia dan Arab Saudi tidak pernah merugikan negara. Kunjungan Raja Arab Saudi Salman bin Abdulaziz Al-Saud penjaga 2 masjid suci umat Islam itu kali ini, telah membawa perkhabaran gembira, apabila kuota haji Malaysia sedang dipertimbangkan untuk ditambah menjadi 30 ribu setahun.

2015 : 22,320
2016 : 27,900
2017 : 30,000 

Sesungguhnya, jika diperkenan oleh Raja Salman nanti, berita ini membawa kegembiraan kepada umat Islam di Malaysia. Giliran untuk menunaikan ibadah Haji akan lebih pantas berbanding dengan kuota sebelumnya. Berbicara soal pertambahan kuota, ia juga bermakna kerajaan melalui Tabung Haji akan berbelanja lebih. Berbelanja lebih yang bagaimana?

Pada tahun 2016, kos sebenar yang perlu dibayar oleh jemaah haji Muassasah ialah RM18,890.00, tetapi hanya perlu membayar RM9,980.00 untuk setiap seorang. Ini bermakna subsidi oleh kerajaan untuk setiap jemaah haji pada tahun 2016 ialah RM8,910.00.

Maka, jika jumlah kos dan subsidi kekal untuk musim haji yang akan datang, pertambahan 2,100 orang jemaah bermakna kos keseluruhan subsidi yang perlu ditanggung oleh Tabung Haji akan meningkat kepada RM18,711,000.00 berbanding tahun 2016.

Jika berlaku sedikit kenaikan kos Haji berdasarkan situasi semasa sekalipun, kita tidak boleh menafikan bahawa keakraban kedua-dua pemimpin telah membuka peluang untuk rakyat Malaysia mengerjakan ibadah Haji dengan giliran yang lebih pantas, dan lebih cerah. Malah, Tabung Haji diiktiraf sebagai antara organisasi yang paling tersusun dan sistematik dalam menguruskan hal-ehwal Haji dan disiplin jemaah ketika beribadah. Di tambah pula dengan subsidi yang diberikan, maka, nikmat apakah yang ingin didustakan lagi?

Sedang ramai yang menadah tangan tanda syukur dan berharap akan pertambahan kuota haji, terkenang pula nasib mereka yang terpedaya dengan dakyah Rafizi, lantas mengeluarkan simpanan Tabung Haji mereka.

Apa cerita mereka agaknya?

2 thoughts on “Kuota Haji Meningkat Bermakna Subsidi Juga Meningkat. Tak Bersyukur Lagi?

  • February 28, 2017 at 17:07
    Permalink

    Biasalah pembangang, nanti di spinlah macam2

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!