Agih Kerusi: Berapa Kerusi ‘Cap Bunga’ Dapat?

Share

Khabarnya hari ini berlangsung pertemuan pertama mesyuarat agihan kerusi di kalangan parti-parti yang membentuk Pakatan Harapan dan parti ‘cap bunga’ sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.

Tapi agak mengejutkan apabila diberitahu bahawa parti ‘cap bunga’ tidak dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat ‘panas’ itu dengan alasan yang agak memalukan. Semua yang lain hadir termasuk PAN, tapi parti ‘cap bunga’ minta tempoh?

Difahamkan bahawa Timbalan Presiden ‘cap bunga’ memaklumkan bahawa partinya belum mengenal pasti lagi kerusi mana yang mahu ditandingi. Lebih kurang begitulah yang dikatakan Saifuddin Nasution kepada media tentang perihal terkini parti ‘cap bunga’.


Kenapa jadi begitu? Berdepan dengan mesyuarat penting yang bakal menentukan jumlah kerusi Parlimen dan Dun yang bakal ditandingi, tiba-tiba tidak datang pada pertemua pertama? Sedangkan, ramai penganalisis politik mendakwa pengagihan kerusi di kalangan parti pembangkang merupakan agenda paling kritikal, bukan?

Benarkah ‘cap bunga’ belum kenal pasti kerusi mana yang hendak ditandingi? Benarkah begitu? Atau di saat ini pun parti ‘cap bunga’ masih lagi belum dapat mengenal pasti calon yang akan bertanding pada PRU ke-14 kelak?

Sudah ada calon? Siapa calonnya? Atau masih lagi berebut-rebut, masing-masing masih bertengkar mahu calonkan diri? Atau benarkan parti ‘cap bunga’ sememangnya ketandusan calon? ‘Looseable candidate’ lebih ramai dari ‘winnable candidate’, tapi perasan boleh menang?


Di mana pula hendak dicalonkan? Langkawi, Pagoh, Jerlun atau Merbok? Bagaimana dengan Pokok Sena? Tidak mahu beri peluang kepada ‘harum manis’ bertanding atas tiket ‘cap bunga’ nanti? Khabarnya ‘bulan purnama’ sudah halau dia keluar…

Berapa banyak kerusi Parlimen yang akan parti ‘cap bunga’ tandingi? Berapa banyak kerusi yang akan ‘langgar’ kawasan DAP, PKR dan PAN? Sudah ‘kowtim’ dengan PAS? Khabarnya PAS enggan berganjak dan tidak gentar bertembung tiga atau 10 penjuru sekalipun, benarkah?

PAS mahu beri laluan di Jerlun? PKR mahu beri laluan kepada ‘cap bunga’ bertanding di Langkawi? PAN mahu beri laluan mudah kepada parti yang lebih ‘junior’? Agaknya PAS akan beri muka pada ‘dalang’ Memali? Kirim salam..!


Penulis melihat akan berlaku ‘perang besar’ di meja rundingan nanti. Mungkin ada yang akan menepuk meja, malah mungkin yang akan terbalik meja di depan ‘cap bunga’. Ingatlah bahawa di depan kalian nanti bukan komponen BN yang saling menghormati, tapi puak pembangkang yang kalian ‘ludah’ dulu…

Tidak hadir pada pertemuan pertama pada pandangan penulis akan menyukarkan peluang parti ‘cap bunga’ untuk diberikan kerusi yang dihajati. Satu dua kerusi mungkin boleh dapat, tapi kalau hendak lebih-lebih, rasanya jawapannya ‘boleh jalanlah…!’.

Sekiranya selesai sekali pun pembahagian kerusi nanti, maka tunggulah pula penangan ‘sabotaj’ dari mereka-mereka yang tidak terpilih. Jika ia biasa berlaku di dalam semua parti sebelum ini, jangan haraplah parti ‘cap bunga’ semuanya akan elok-elok belaka.

Tambahan pula dikhabarkan mereka-mereka yang menyertai parti ‘cap bunga’ itu majoritinya golongan yang terkenal dengan sifat memberontak, opportunis dan rasa semuanya mereka yang paling layak dan betul. Maka tunggulah ‘penangan’ mereka pula nanti…

Apapun penulis ucapkan selamat maju jaya kepada parti ‘cap bunga’. Kalau DAP, PKR dan PAN tidak mahu beri kerusi nanti, harap jangan menangis atau bunuh diri. Cuba pujuk perlahan-lahan. Kalau tidak jalan, cium tapak kaki Kit Siang pun mungkin berkesan, kan?

Leave a Reply