Kadir Jasin Hasut Rakyat Dengan Fitnah BR1M Dan GST Pula

Share

BAK kata pepatah, berdiam diri itu lebih baik daripada bercakap yang mengakibatkan kebodohan anda terserlah atau lebih tepat lagi apabila ianya mengakibatkan orang semakin dapat mengesan kejahatan anda. Tidak kita nafikan dalam diri kita ini ada sifat baik dan buruk. Dan menjadi tanggungjawab kita untuk tidak melakukan kejahatan atau pun sekurang-kurangnya menyembunyikan kejahatan tersebut memandangkan ianya bukan lah perkara yang patut kita banggakan.

Baru-baru ini anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Abdul Kadir Jasin cuba menyindir kerajaan dengan mengunakan isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Beliau yang amat dikenali sebagai seorang yang “hopeless” apabila menyentuh soal ekonomi tetap cuba mengenengahkan isu tersebut.

Dan ternyata sekali lagi, Kadir Jasin mempamerkan kebodohan beliau. Beliau yang juga bekas ketua pengarang Kumpulan NST mendakwa kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) membolehkan kerajaan mengaut RM39 bilion tetapi memberi BR1M sebanyak RM6.8 juta sahaja.


Adakah beliau beranggapan bahawa hasil cukai semata-mata digunakan untuk menyalurkan BR1M semata-mata? Tidak kah beliau tahu bahawa hasil cukai negara adalah untuk membiayai semua perbelanjaan negara bagi memastikan kesejahteraan rakyat akan tetap terpelihara.

Nampaknya Kadir Jasin gagal mengenalpasti apakah perbelanjaan negara. Memang amat memalukan bagi seorang bekas ketua pengarang Kumpulan NST tidak dapat memahami isu ekonomi dengan baik. Sepatutnya beliau tidak memalukan diri sendiri dengan membawa isu tersebut memandangkan kini beliau dilihat memperbodohkan diri sendiri.

Semua pihak tahu bahawa GST akan menyebabkan banyak barang akan turun harga namun disebabkan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab maka buat masa ini harga barangan agak tinggi dari sepatutnya. Kita perlu faham bahawa sebelum ini kadar SST yang dilaksanakan sejak dahulu lagi adalah 10% + 5% manakala GST yang mengantikan SST pula hanya lah 6%.


Bagi menangani isu peniaga yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan melampau tersebut maka kerajaan menyumbangkan BR1M kepada mereka yang layak bagi meringankan bebanan tersebut. Kita juga tahu salah satu fungsi BR1M adalah memberi subsidi bersasar yang bermaksu subsidi yang ditarik dari pasaran tetap dapat dinikmati oleh mereka yang sepatutnya.

Mungkinkah sebenarnya Kadir Jasin ini cuba menghasut rakyat dengan memberi fakta yang terpesong dari kebenaran agar rakyat membenci kerajaan. Seperti yang penulis cuba terangkan sebelum ini, perkara-perkara seperti ini akhirnya mendedahkan kejahatan pihak yang cuba melakukan provokasi tersebut.

Kadir Jasin dikatakan mendakwa kerajaan mengambil duit rakyat melalui GST dengan tangan kanan dan bagi balik sikit melalui BR1M dengan tangan kiri. Sememangnya Mahathir dan konco-konconya berniat jahat dengan menghasut rakyat dengan fitnah dan meknah.


Leave a Reply