Gelar ‘Arab Gila’ Kembali Pada Penggelarnya?

Share

Sejak dari semalam, terpampang di sana-sini laporan berita mengenai lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke negara kita yang dijadual berlangsung selama empat hari, atas jemputan Yang DiPertuan Agong, Tuanku Sultan Muhammad V.

Rata-rata reaksi dari rakyat Malaysia, khususnya umat Islam menyambut baik kesudian Raja Salman memilih negara kita sebagai destinasi pertama lawatan baginda, sekaligus menandakan keakraban dua negara Islam yang rapat bersaudara, Malaysia-Arab Saudi.

Namun ada pula yang tidak senang hati, menuduh kononnya ziarah Raja Salman menuntut sesuatu dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak? Buruk betul perangainya. Mungkin tidak boleh dibuang lagi sikap syak wasangka buruk dalam hatinya?

Melihat gambar-gambar yang tersiar di media hari ini yang memaparkan keakraban Najib dan Raja Salman, penulis terbayang memek muka warga emas yang pernah menuduh pemelihara Masjidil Haram dan Masjid Nabawi itu sebagai ‘arab gila’…

Penulis tidak pasti sama ada Raja Salman tahu atau tidak tentang mulut celupar seorang warga emas tersebut. Namun penulis tertanya-tanya juga tentang apakah reaksi baginda jika tahu tentang gelaran ‘arab gila’ itu keluar dari mulut ‘bacin’ warga emas itu?

Pada pandangan penulis, berkemungkinan besar Raja Salman akan tersenyum jika dikhabar mengenai gelaran tersebut. Apatah lagi baginda baru saja dikurniakan darjah tertinggi negara, Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N), dibanding pula dengan gelaran ‘arab gila’?

Cuba bayangkan, Yang DiPertuan Agong beri gelaran tertinggi negara kepada Raja Salman, tapi warga emas bekas pembesar negara itu pula pernah membayangkan baginda sebagai ‘arab gila’? Itulah bezanya akhlak antara Yang DiPertuan Agong berbanding warga emas itu.

Akhlak Yang DiPertuan Agong berkonsepkan Islam yang menghargai dan menghormati tetamu negara, serta memberikan pengiktirafan serta kemuliaan kepada baginda. Sebaliknya warga emas yang bagai tidak puas berkuasa pula sibuk menghina baginda dengan gelaran yang bukan-bukan?

Penulis tidak pasti tentang kebolehan warga emas itu menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara luar, khususnya negara Islam dan negara maju. Dulunya memang dia terkenal pandai cari gaduh dengan ramai pihak.

Anwar dapat layanan karpet merah, dia pula tidak. Dia bergaduh dengan Britain, dia bergaduh pula dengan Australia, Singapura dan beberapa negara lain. Bergaduh dengan ramai pihak, dia boleh pula dengan Robert Mugabe? Cuba cari siapakah gerangan Robert Mugabe hari ini?

Mungkin benar telahan ramai yang mengatakan warga emas tersebut sedang menghadapi krisis ‘nyanyuk’. Merujuk pada usianya yang sudah begitu lanjut, tidak mustahil untuknya mengidap ‘penyakit mental’ itu, bukan?

Apatah lagi dengan asakan-asakan dan terbitnya skandal-skandal lamanya dulu yang bagai ‘bangkit dari kubur’, ditambah lagi ‘hutang psikologi’ dari puak pembangkang yang hanya menunggu masa untuk ‘membaham dalam senyuman’, boleh jadi ‘gila’ dibuatnya, bukan?

Maka kerana itulah juga ramai yang menyarankan dia supaya kembali ke tikar sejadah. Menenangkan diri dengan ibadah dan ayat-ayat Al-Quran yang menjadi pengubat hati yang mujarab. Itu pun dia tak mahu ikut saranan tersebut? Terpulanglah…

2 thoughts on “Gelar ‘Arab Gila’ Kembali Pada Penggelarnya?

  • February 27, 2017 at 22:53
    Permalink

    Dia nk duduk atas tikar terbang lah..zam, zam ala kazam..

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!