Karma Itu Kembali Padanya Di Akhir Usia?

Share

Suatu masa dulu ketika dia berkuasa, ramai yang pernah menjadi mangsanya. Jika Timbalan Perdana Menteri pun dia singkirkan, apatah lagi menteri, timbalan menteri atau ketua-ketua bahagian di seluruh negara. Dia ‘jentik’ saja sudah mampu ranap seluruh karier politik mereka.

Kuasa politiknya dulu sebagai orang nombor satu negara sememangnya mendapat ‘pengiktirafan’. Bukan saja di dalam negara, malah di luar negara sekali pun. Dalam negara digelar ‘maha-firaun’ dan ‘maha-zalim’, di luar negara pula dia cukup dikenali sebagai ‘kuku besi’ dan ‘diktator’ di Asia Tenggara.

Sewaktu dia memecat Timbalannya dulu, segala macam perkara dia dedahkan. Pelbagai keaiban dia bongkarkan hingga mangsa dan seluruh keluarganya malu besar di serata dunia. Tiada langsung belas, dia cuba ‘tanam’ sedalam mungkin bekas Timbalannya itu.

Ketika tidak lagi berkuasa, dia masih mahu tunjukkan kuasanya. Seolah-olah memiliki kuasa ‘ultimate’, dia desak Pak Lah letak jawatan. Timbul persoalan ketika itu, apakah dia khuatir tentang masa depan politik pudar seseorang yang mempunyai pertalian darah dengannya?

Habis ‘menggulingkan’ Pak Lah, maka kejayaan itu mungkin memberikan dia keyakinan untuk berbuat perkara yang sama terhadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Dia cari ‘gaduh’, dan dia minta Najib letak jawatan.

Dia fikir Najib seperti Pak Lah? Dia fikir setelah permintaan-pemintaan ‘melampau’nya itu dan cuba terus berkuasa walau sudah tidak berkuasa itu akan terus berkesan? Dia menyangka akan dapat mencatur kepentingan politiknya sampai mati? Dia silap.

Dia tidak ingat, bapa Najib, Allahyarham Tun Razak yang mengutipnya dari ‘bakul sampah’? Dia lupa bahawa Najib yang ‘kutip’ dia masuk menyertai UMNO semula selepas era Pak Lah berakhir? Dia lupa pada persetujuan-persetujuan Najib terhadap permintaannya sebelum ini?

Pada pandangan penulis, eloklah dia keluar dari UMNO. Di bawa sekali ‘puak-puak opportunist’ yang menjadi duri dalam daging UMNO selama ini, itu sudah cukup molek. Lagipun, bekas-bekas Perdana Menteri pun sudah memberi amaran tentang ‘bahaya’ manusia ini, bukan?

Dia bagaikan tidak cukup membuat onar dan memanipulasi pemikiran rakyat untuk menyebelahinya. Bagai tidak cukup dengan ‘dosa-dosanya’ ketika berkuasa, dalam keadaan tidak berkuasa pun dia terus cuba melakukan ‘dosa’?

Kini, satu persatu kian terbongkar. Sama ada dia sedar atau tidak, segala yang dia tutup dulu timbul satu persatu. Dijangka bukan hanya membabitkan satu isu sahaja, malah berpuluh-puluh lagi isu dan mungkin ratusan isu lagi yang akan menyusul. Dia sanggup tanggung pada usia ini?

Dia mungkin tidak sedar bahawa seluruh ahli UMNO kini lebih celik selepas era dipimpin ‘diktator’ yang ‘maha-zalim’. Biarlah dan biarkan dia hanyut dalam ‘ultimate power’nya itu. Zamannya sudah berakhir, dan biarlah dia berakhir sebagaimana yang didoakan bekas Presiden PAS dulu, Allahyarham Dato’ Fadhil Noor…

(Visited 19 times, 2 visits today)

2 thoughts on “Karma Itu Kembali Padanya Di Akhir Usia?

  • February 26, 2017 at 20:08
    Permalink

    Pi mampuih la balaci umno…

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!