Dia ‘Buta’ Atau Faktor Usia?

Share

Sejak dia keluar dari UMNO dan berlaku khianat kepada parti yang menjulangnya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, ramai yang sudah ‘lain macam’ terhadapnya. Taring semakin tumpul, pemikirannya jatuh merosot teruk dan ‘penyakit’ lupanya semakin menjadi-jadi.

Dia kemudian merapatkan diri dengan puak pembangkang, mungkin dengan harapan mencari sekutu politik. Apabila tertubuh parti ‘cap bunga’, semakin terserlah permainan politiknya bersekongkol denga pembangkang dan dia menyangka langkah politiknya itu tepat.

Dia begitu akrab dengan DAP. Dia kemudian membantu PAN berkempen di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Menurut laporan media, sudah dua kali dia ‘menyembah mengadap’ bekas Timbalannya yang kini masih menetap di Sungai Buloh.


Begitu terdesak sekali dia mahu bersekutu dengan pembangkang yang dia hina, yang dia ‘ludah’, yang dia ‘buli’, yang dia lakukan pelbagai gerakan politik. Sepanjang dia menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, apa yang dia tidak lakukan terhadap pembangkang di negara ini?

Pada pandangan penulis, berkemungkinan besar dia menyangka bahawa dengan menjalin hubungan baik dan memuji-muji DAP, PAN dan PKR, maka pihak pembangkang akan menerimanya dengan mudah.

Tapi, apakah dia fikir semudah itu Lim Kit Siang anak beranak, mendiang Karpal Singh anak beranak, Anwar Ibrahim anak beranak dan seluruh penyokong kepimpinan DAP, PAN dan PKR akan memaafkan dan melupakan segalanya dengan mudah?


Untuk politik dan selagi ‘belum dapat’ apa yang mereka inginkan, pastinya orang tua itu akan terus diperkuda selagi ada nyawa. Selagi dia boleh bercakap dan merapu di atas pentas politik, maka selagi itulah DAP, PAN dan PKR akan ‘senyum’ padanya.

Apakah dia fikir ‘senyuman’ itu menandakan dia diterima, dimaafkan dan segala perbuatannya dulu dilupakan? Dia fikir DAP, PAN dan PKR itu begitu ‘naive’ dan ‘ikhlas’ membentang karpet merah padanya?

Penulis tidak rasa begitu. Selagi belum berjaya merampas kuasa dari BN, mereka akan terus bermuka-muka dengannya. Di depan mungkin manis, tapi di belakang, dia tahu apa yang diperkatakan? Dia tahu apa perancangan DAP, PAN dan PKR yang bermotif mengejar kuasa itu?


Pada pandangan penulis, tahap pemikirannya semakin tumpul. Dia fikir segalanya akan baik mengikut perancangan permainannya? Apakah dia tidak sedar bahawa dirinya sendiri yang sedang dipermainkan puak-puak pembangkang itu?

Tak dapat pucuk, akar pun berguna. Dan dia tidak sedar tentang dirinya yang kini menjadi ‘akar’ yang diperguna untuk pembangkang mendapatkan kuasa. Dia fikir DAP, PKR dan PAN itu semua bodoh-bodoh belaka?

Dulu ketika dia berkuasa, mungkin benar sangkaannya. Tapi, kini selepas dia tiada kuasa, dia fikir mereka-mereka itu takut padanya? Pada penulis, permainan politiknya kini jauh ketinggalan di belakang malah hampir menjejaskan reputasinya sendiri.

Dia dikejutkan puak Reformasi hari ini. Secara terbuka dan berdepan, lelaki berusia senja itu dimalukan. Itu yang di depan, yang di belakang? Jadi, eloklah dia tinggalkan saja pentas politik dan lebih baik cari tikar sejadah sahaja. Akan ‘celik’ lagikah dia di usia ini?

Leave a Reply