Derma RM 2.6 Billion: Kedatangan Raja Salman Bukti Najib Tidak Menipu

Share

SETAKAT ini dakwaan Pakatan pembangkang yang diketuai DAP dan Mahathir kononnya wang RM 2.6 billion yang masuk dalam akaun Perdana Menteri pada tahun 2013 adalah wang yang dicuri dari 1MDB, tidak pernah dibuktikan, yang ada hanya andaian demi andaian.

Hanya kerana wang itu dipindahkan dari Bank yang sama di Singapura dimana 1MDB turut pernah menggunakan perkhidmatan mereka, maka diandaikan RM 2.6 billion ini adalah wang yang dicuri dari 1MDB – seolah-olahnya Bank itu tidak boleh berurus niaga dengan orang lain.

Mana dia dokumen yang menunjukkan wang sebanyak itu dipindah dari 1MDB masuk ke akaun Perdana Menteri?  Tarikh, masa dan sebagainya, itu bukti yang kita minta, sampai sudah tak pernah nampak.


Perdana Menteri telah menjelaskan dan segala macam siasatan yang menyusul selepas itu, menunjukkan wang itu memang datang dari Arab Saudi, tidak pernah diambil peduli, masih nak percaya kepada andaian mereka sahaja.

Sepatutnya, dengan menggunakan konsep andaian yang sama, kedatangan Raja Salman ke negara kita hari ini, bolehlah di andaikan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah menipu tentang sumber wang RM 2.6 billion itu.  Sebelum inipun kita tidak mendengar Arab Saudi menafikan wang berkenaan dari negara mereka dan kedatangan Raja Salman hari ini mengesahkannya.

Takkan Raja Arab Saudi nak datang ke tempat yang ‘memfitnah’ negaranya kot?


Maka tak hairan kenapa Mahathir sendiri pun nampak tidak serius untuk berjumpa sendiri dengan Raja Salman dan bertanya sendiri kebenarannya, sebab dia tahu apa yang banyak dilaporkan sebelum ini berkenaan sumber wang berkenaan, adalah benar, dia saja yang menjadikan perkara itu isu untuk menjadikan anaknya sebagai Perdana Menteri.

Ini semua sudah cukup bukti bahawa Mahathir sebenarnya seorang penipu dan Najib adalah orang yang benar, tak payah fikir panjang-panjang sajalah.  Kalau benar nak menyelamatkan Malaysia, Mahathir sepatutnya dah menunjukkan usaha untuk bertanya sendiri ketika Raja Salman berada disini.

Tapi yelah, masa berkuasa pun tidak seorang Raja Arab Saudi yang sudi berjumpa dengannya apatah lagi menjejakkan kaki ke negara ini, kenapa pula sekarang setelah dia bersara dan hanya bertaraf Ketua Bahagian Pribumi Langkawi (jawatan lantik sendiri), Raja Arab Saudi nak jumpa dia pulak ya.


2 thoughts on “Derma RM 2.6 Billion: Kedatangan Raja Salman Bukti Najib Tidak Menipu

  • February 26, 2017 at 18:05
    Permalink

    Kalau diletak 2 invidu M dan A ditempat N… sudah tentu kedua mereka akan meminta pemimpin besar Arab Saudi itu untuk buat pengumuman terbuka dihadapan akhbar tempatan bahawa duit berjumlah sekian-sekian memang didermakan oleh sumber dari negara beliau. Ini syarikatnya, ini bank yang digunakan dan sebagainya. Sama saperti A gunakan Yusuf AlQardawi bahawa A tidak melakukan kerja yang disukai oleh umat nabi Luth.

    Walau rakyat tahu macam mana pulak Yusuf AlQardawi tahu sehingga boleh buat pengumuman keatas satu fakta yang dia tidak tahu. Tapi itu cara A buat kerja. Serupa macam M dalam membukti kebenaran dirinya akan buat apa saja untuk membukti betapa benarnya dia.

    Reply

Leave a Reply