Muhyiddin pernah akui ada komplot jatuhkan Najib

Share

HULU SELANGOR 25 Feb. – Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan pernah mengakui tentang kewujudan komplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mendakwa, komplot itu memang pernah dilakukan namun beliau tidak menyatakan nama-nama individu yang turut terlibat.

Menurut beliau, komplot tersebut menggunakan beberapa isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta isu derma politik yang dikaitkan dengan Perdana Menteri.


“Muhyiddin berada dalam Kabinet dan kesemua menteri beberapa kali diberikan taklimat mengenai 1MDB serta mempunyai peluang untuk bertanyakan mengenai syarikat ini. Tiada soalan daripada mereka, tetapi ada yang menguar-uarkan isu ini di luar,” katanya ketika berucap pada program Ceramah Rakyat Negaraku Generasiku di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung di sini malam ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar; Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong dan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menambah, tuduhan kononnya Najib mencuri duit rakyat juga tidak berasas memandangkan RM2.6 bilion yang digembar-gemburkan oleh pembangkang itu merupakan derma politik daripada penderma asing.


“Jika betul mahu mencuri duit rakyat, lebih baik beliau menyembunyikan duit tersebut di luar negara dan bukannya menyimpan di dalam bank tempatan yang boleh dilihat atau diakses oleh kakitangan bank berkenaan,” jelasnya.

Sumber: Utusan

2 thoughts on “Muhyiddin pernah akui ada komplot jatuhkan Najib

  • February 26, 2017 at 07:41
    Permalink

    Kita bukan pemuja satu barang. Kita bukan jugak pemuja sesaorang ketahap apa yang keluar dari mulutnya semua baik, apa yang salah dibuatnya jadi betul.

    Tapi kita tahu apa yang salah apa yang betul hasil buatan nya. Kita guna lojik akal buat pengadili perbuatan manusia. Lojik akal kita mengatakan bahawa tiada orang yang curi hak orang lain lalu simpan hasil curi itu dalam rumah nya untuk dilihat oleh semua ahli keluarga, jiran tentangga dan orang lalu lalang.

    Hanya manusia buta hati, kotor hati dan buruk perangai laku saja yang mempercayai hal serupa ini.

    Reply

Leave a Reply