Mahathir vs Reformasi: Dosa Segunung Tak Hilang Sehari

Share

PENERIMAAN Mahathir ke dalam Pakatan yang begitu ‘diraikan’ sebelum ini, rupanya, lebih kepada lakonan daripada realiti.  Pemimpin Pakatan di atas mungkin boleh berpura-pura menerima Mahathir tapi hakikat dibawah, majoriti besar orang masih menyampah.

Cakap pasal reformasi saja cukuplah.  Yang masuk jail, yang kena ISA, yang kena sepak atas arahan Mahathir dan sebagainya, majoriti daripada mereka belum mati lagi dan lebih penting, belum lupa lagi apa yang Mahathir dah buat kepada mereka dulu.  Bukan kaki Mahathirlah yang sepak tu tapi dia sebagai kepala yang menghancurkan gerakan reformasi dulu, bukanlah rahsia.

Dengan berkata begitu, tidaklah penulis mengatakan gerakan reformasi ini benda baik.  Reformasi ni sebenarnya gerakan sia-sia dari dulu sampai sekarang.  Sekalipun dengan gerakan reformasi, 2 kali Anwar masuk penjara jugak, tak sia-sia namanya tu? Tapi kita taklah macam Mahathir, dulu segala buruk pasal reformasi ni, sekarang dah terhegeh-hegeh menunjukkan sokongan pulak.


Maka tak hairanlah dalam Konvensyen Reformasi hari ini, Mahathir terima semula pembalasan atas apa yang dia pernah lakukan terhadap gerakan reformasi ini dulu.  Dihina, diejek dan diperlekehkan, itulah yang Mahathir mendapat. Untung sebab dia dah macam itu (nyanyuk), perasaan segan, malu dan tak sedar diri, tak berapa nak ada lagi dah.

Kemunculan Mahathir dalam konvensyen reformasi ini mungkin kerana terperdaya dengan pelbagai simulasi yang boleh dibuat-buat dalam media sosial, sehingga menyangka, semua penyokong Pakatan dah mula menyokong dia dah sekarang, apa sekali datang, kena ejek dan dicerca, padan dengan muka.

Reformasi dengan Mahathir ni mana boleh bercampur, kalau bercampur, macam minyak dengan apilah.  Apa gila Mahathir datang menyerah diri di tengah-tengah perhimpunan para ‘reformis’ itu, penulis pun tak terfikir.  Terdesak sangat nak dapatkan keampunan  dari mereka yang pernah dia ‘aniaya’ dulu agaknya?


Tapi Mahathir kena ingat, dosa segunung, tak hilang sehari.

4 thoughts on “Mahathir vs Reformasi: Dosa Segunung Tak Hilang Sehari

  • February 26, 2017 at 07:31
    Permalink

    Malang sungguh bagi sesaorang manusia akhiri usia dia dengan tugas memecah belah satu perpaduan yang sudah terbina. Besar sungguh cita cita terhadap dunia sehingga dia lupa bahawa manusia tidak memerlukan dunia yang besar.

    Umat Muhamad perlukan akhirat yang diperbesarkan kerana itu kekal. Dunia bertaraf sementara apa perlu perbesarkan nya lagi.

    Reply
  • February 26, 2017 at 10:52
    Permalink

    Kesian dia, Allah belum beri hidayah supaya dia berehat dan tumpukan amal ibadah, sementara saki baki hayat yg tk seberapa..konvesyen reformasi tidak menjemput dia, dia yg terhegeh hegeh hadir tanpa di undang, dia suruh si Khairudin aturkan untuk hadir juga. Begitulah kalau dia, nk sgt anak jadi PM dan memegang tampuk kuasa, hanya itu saja cita2 agung dia, biar di hina, di cerca, namun dia tetap tk berputus asa selagi nafas ada di kerongkong..

    Reply
  • February 26, 2017 at 14:09
    Permalink

    KIta tahu M tertekan, M terdesak. Dengan penubuhan RCI, dengan siasatan yang bakal berjalan, masakan dia tidak rasa tertekan. Dia tahu apabila siasatan berjalan, saksi2 akan dipanggil, bukti akan terdedah. Kerana kerugian BNM adalah hal yang tangible.. jelas dan nyata. Berlainan dengan issue IMDB yang sekadar bersandar pada percepsi.. andaian dan illusi rekaan dia dan kumpulannya semata2. Dia tahu dan dia sedar semua itu

    Akhir2nya kita jangka, mengenali M, dia akan bangun dan nyatakan perkara sebenar. Dia akan cakap secara terang2an bahawa isu IMDB yang didendangkan dia selama ini hanya bersandar dengan apa yang dilapurkan pada dia oleh pihak2 tertentu. Yang nyata issue itu timbul atas niat jahat terhadap PM yang dilantik. Kita percaya dia akan buat ikrar ini dari mulutnya atau dengan tulisannya dalam melahirkan kesalan peribadinya. Dia mungkin berbuat begitu sebagai menagih simpati. Sebagaimana dia terhegeh2 dengan pembangkang sekarang untuk menagih simpati dan memancing sokongan.

    Semakin lama semakin kita lihat semua hal perjalanan mereka tidak ubah macam cerita dalam filem hindustan. Setelah menonton separuh kita sudah tahu endingnya macam mana.

    Reply

Leave a Reply