CERAMAH RAKYAT: Macam Tidak Percaya Ini Berlaku

Kalau hendak kita berbicara soal kejujuran, maka dengan jujurnya, penulis memuji apa yang bakal berlangsung malam nanti di pentas Ceramah Rakyat, di Bukit Beruntung.

Apa tidaknya, jika melihat kepada poster program itu sahaja, kita dapat melihat barisan penceramah yang terdiri dari pelbagai latarbelakang, dan kepercayaan. Harapan penulis agar semua penceramah yang dijadualkan hadir.

Kaedah yang jarang berlaku, di mana selalunya ceramah pro kerajaan akan menampilkan penceramah berdasarkan parti-parti yang menganjurkannya. UMNO dengan UMNO, MCA dengan MCA dan seterusnya. Kali ini, lanskapnya berubah.

Perlu kita akui, pembangkang terlebih dahulu menggunapakai kaedah yang serupa. Namun, belum terlambat untuk pro kerajaan mula mengorak langkah, serta membuktikan semangat kebangsaan yang dipelihara berdasarkan Rukun Negara. Berpuluh tahun merdeka, itulah kunci dan bukti betapa soal keharmonian yang rapuh, dapat dipertahankan lantas dijadikan pemangkin untuk membina negara bangsa.

Lain nakhoda lain caranya, dan kini, kita dapat melihat pendekatan yang berbeza dari pro kerajaan. Kembali kepada matlamat Rukun Negara yang diilham dan dimaktubkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak.

Dengan barisan berbilang bangsa yang cuba ditampilkan oleh penganjur, penulis secara peribadi tidak tahu apakah yang akan berlaku. Entah bagaimana pula dengan jumlah kehadirannya nanti.

Namun, itulah yang sepatutnya berlaku sejak dahulu, kerana persepakatan dan permuafakatan yang telah terbukti berjaya bernaung di bawah semangat Barisan Nasional.

Sesuatu yang berbeza pastinya seronok untuk ditonton. Jom!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *