KWSP: Caruman Kurang, Dividen Pun Kuranglah, Apa Kena Mengena 1MDB Pulak? · MYKMU.NET

KWSP: Caruman Kurang, Dividen Pun Kuranglah, Apa Kena Mengena 1MDB Pulak?

Share

PENULIS tidak faham bagaimana pelaburan RM 200 juta oleh KWSP dalam 1MDB, boleh menjadi sebab kepada penurunan dividen KWSP kepada 5.7% untuk 2016 berbanding 6.10% pada tahun sebelumnya, seperti yang cuba dituduh pembangkang?

Seolah-olahnya dalam sejarah, inilah jumlah dividen paling rendah dibayar KWSP.

Untuk pengetahuan semua, jumlah dividen paling rendah pernah dibayar KWSP dalam millineum ini ialah 4.25% pada tahun 2002 – hanya 0.25% lebih tinggi dari kadar minimum 4% dividen yang wajib dibayar mengikut Akta KWSP.

Siapa Perdana Menteri tahun 2002?  Pun orang tak maki Mahathir masa itu, mungkin sebab takut masuk ISA agaknya.  1MDB?  Tak wujud lagi pun.

sumber gambar: FB Lim Sian See

Anyway, RM200 juta tu bukan lesap pun sebab 1MDB tidak bankrup, selain ia adalah sebahagian dari RM 5 billion dalam bentuk bon yang dijamin kerajaan.  Kedua, dana KWSP ini lebih RM 700 billion – kalau RM 200 juta ini “lesap” sekalipun, secara teknikalnya, ia tidak akan menjejaskan apa-apa, cakap kurang ajarnya lebih kurang, umpama tabur seguni gula dalam air laut, tak hilang pun masin air laut tu.

Seperkara lagi yang ramai orang nampaknya terlupa, kerajaan dalam bajet 2016, telah mengurangkan caruman pekerja dari 11% kepada 8% mulai Mac 2016 sehingga Disember tahun ini.  Sekalipun pekerja boleh memilih untuk mengekalkan caruman asal 11% dengan mengisi borang 17A, tapi ikut pengalaman penulis, sikit benarlah yang memilih kaedah ini.  Ramai yang lebih enjoy dengan 3% extra dalam payslip masing-masing.

Justeru, dengan jumlah pencarum KWSP di negara ini melebihi 11 juta orang, penurunan sebanyak 3% itu sudah tentu nilainya jauh lebih besar dari RM 200 juta nilai pelaburan KWSP dalam 1MDB.  Kira-kira mudahnyalah, bandingkan itu (RM 200 juta) dengan kekurangan 3% dana KWSP, agak-agak, mana lebih menjejaskan keupayaan KWSP untuk melabur dan seterusnya memperolehi keuntungan yang lebih banyak untuk membayar dividen lebih tinggi kepda pencarumnya?

Ini kira-kira cincailah ni, nak bagi mudah nampak – bukan benar-benar pun pelaburan KWSP dalam 1MDB atau penurunan nilah caruman 3% itu menyumbang kepada penuruan dividen KWSP tahun lepas.

Maka itu penulis melihat, ini satu lagi tindakan pembangkang untuk mengelirukan rakyat.  Rakyat janganlah termakan dengan hasutan ini, yang pentingnya untuk semua orang tahu, 2 hari lepas BR1M dah masuk.

Leave a Reply