Tun Mahathir Bazirkan Berbilion Ringgit Wang Proton Kepada Orang Asing

Share

Oleh Amin Yatim

1. Proton telah melalui perjalanan yang panjang pada zaman Tun Mahathir Mohamad. Justeru meletakkan kesalahan dan kegagalan Perusahaan Otomobil Eletrik Malaysia (M) Sdn Bhd (Proton) atas pentadbiran hari ini sangat tidak masuk akal.

2. Adakah kita sudah lupa projek kereta Elektrik Proton dengan kerjasama Fraser-Nash milil Kamal Siddiqi, yang diketahui rapat dengan Tun Mahathir?


3. Pada 1998 Tun Mahathir membawa Frazer Nash sebagai pembekal kereta elektronik untuk Sukan Komanwel di Kuala Lumpur.

4. Pada tahun 2000, Siddiqi telah menandatangani perjanjian dengan Proton untuk membangunkan 1000 unit kereta berkuasa elektrik dengan disaksikan oleh Tun sendiri. Pada Oktober 2002, Metrail Holdings, anak syarikat Frazer-Nash, menandatangani perjanjian dengan Malaysia Mining Company Berhad (MMC) untuk merekabentuk dan membina sistem monorail negara.

5. Apa terjadi dengan kerjasama Proton dan Frazer-Nash ini. Menurut penganalisa automotif, Hezeri Samsuri, projek ini telah diberi geran sebanyak RM270 juta. Malangnya, projek ini tidak pernah berjalan.


6. Kini Proton terpaksa mengadakan kerjasama dengan LG untuk menghasilkan kereta elektronik untuk Proton Iriz.

7. Kita pun tidak tahu berapa puluh juta dibayar Proton kepada Italdesign Giugiaro, sebuah firma reka bentuk Itali untuk projek Proton Emas yang kini sepi tanpa berita. Ia sepatutnya membantu Proton mengeluar “compact car” dengan kebolehan hibrid dan EV.

8. Tidak cukup itu, Proton membelanjakan beratus juta membeli Lotus Group sebuah syarikat terkemuka Britain. Malangnya, sehingga kini Lotus gagal memberi apa-apa sumbangan yang signifikan kepada kemajuan Proton dalam industri automotif.


9. Berbilion wang Proton pergi ke dalam longkang dan pada akhir hari apa yang kita dapat ialah pertempuran undang-undang, beberapa prototaip gentian karbon dan enjin impian itu kekal sebagai impian kerana tiada apa yang menjadi kenyataan selepas itu.

10. Disebalik menggunakan wang untuk memajukan Proton, syarikat tersebut juga membeli MV Agusta Motor S.p.A (MV Agusta), sebuah syarikat permotoran dengan kos RM 351 juta untuk 55% sahamnya. Setahun selepas itu, Proton terpaksa menjual kembali saham apabila menyedari mereka terpaksa menanggung hutang sebanyak 106.9 juta euro (RM481.05 juta) dan keperluan modal kerjanya sebanyak 32.5 juta euro (RM146.25 juta).”

11. Akhirnya MV Agusta terpaksa dijual dengan harga RM 4.50 sahaja kepada Gevi Spa yang bersetuju mengambil alih semua hutang dan bebanan keperluan pelaburan dalam MV Agusta.

12. Justeru di sebalik dakwaan Proton membantu industri tempatan, rupanya lebih banyak wang Proton dibazirkan kepada entiti asing tanpa pulangan sepatutnya.

13. Adakah ini salah pentadbiran hari ini yang cuba membantu pemilik Proton melaksanakan pemulihan dan telah memberi pinjaman murah sebanyak RM 1.6 bilion?

14. Untuk rekod, pemilik Proton ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari dan DRB-Hicom. Kenapa Tun Mahathir menzahirkan kemarahan beliau kepada Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak atas isu pemilikan saham Proton sangat melucukan.

16. Rupanya dendam boleh memadamkan kebenaran dan rasionaliti.-MYKMU.NET

2 thoughts on “Tun Mahathir Bazirkan Berbilion Ringgit Wang Proton Kepada Orang Asing

  • February 24, 2017 at 07:51
    Permalink

    geran kerajaan berikan kepada proton digunakan madey sebagai sumber kewangan peribadi… yang dikejar bukanlah kejayaan Proton tetapi geran dari kerajaan …apa juga projek bawah madey semuanya adalah lobang untuk dia mengeluarkan wang dari kerajaan secara sah yang kemudiannya diselewengkan

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!