LTAT dan KWSP Bayar Dividen “Bukti” Negara Akan Bankrap

Share

 

Jika rajin menonton program-program TV bukan politik dari luar negara, kita tidak perlu menipu diri dengan menafikan bahawa seluruh dunia sedang dilanda dengan masalah ekonomi. Dan itu juga termasuk Malaysia, sebuah negara kecil yang tidak boleh tidak, menerima kesan dari ekonomi dunia.

Dengan kelembapan ekonomi dunia tentunya menjadi faktor penting dalam menentukan peratusan dividen yang mampu dibayar kepada pencarum. Amanah Saham Berhad dan Amanah Saham Nasional sebagai contoh, tidak ketinggalan menerima impak tersebut, apabila turut mengumumkan penurunan bayaran dividen pada Disember tahun lalu. Begitu juga dengan apa yang berlaku ke atas dividen KWSP, apabila mencatatkan penurunan 0.7 peratus berbanding tahun 2015 iaitu dari 6.40 kepada 5.70 peratus.

Apa yang menghairankan kita, sikap tidak henti-henti pembangkang yang menuduh dan mendakwa negara akan bankrap. Dakwaan tersebut sering diulang berkali-kali, seolah-olah menjadi zikir dan doa harian kepada mereka. Ditakdirkan ucapan mulut mereka benar-benar berlaku, maka apakah mereka fikir mereka tidak akan terbeban dengan permasalahan tersebut kelak?

Nauzubillahiminzalik, kita yang rasional dan mahu berfikir, tentu sahaja tidak mahu negara tidak berada di dalam keadaan seperti mana yang mungkin “dikehendaki” oleh pembangkang. Oleh yang demikian, jagalah kata, kerana kata itu juga doa.

Jika diikutkan kata-kata pembangkang tentang negara akan bankrap, sepatutnya Malaysia sudah bangkrap lima ratus tujuh puluh sembilan kali agaknya. Almaklum sahajalah, modal yang sama diulang-ulang saban hari. Itu sahaja modal yang mereka ada, untuk menakut-nakutkan rakyat.

Hakikatnya, ekonomi negara tetap terjejas dengan iklim ekonomi dunia, tetapi kita masih diberi kesempatan untuk melihat kebenaran; ASB, ASN, KWSP dan LTAT masih mampu membayar dividen kepada pencarum-pencarumnya. Jadi, apa maksudnya? Maksudnya, urustadbir yang baik mampu memberikan pulangan yang baik, dalam suasana ekonomi yang tidak menentu.

(Visited 16 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!